“Kalau Macam Itu Ambil Semua Kerusi Komponen BN” Sindir Sivaraajh Kepada Puteri UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA: Naib Presiden MIC, Dato’ Sivarraajh s/o Chandran berasa kecewa dengan kenyataan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sg Siput, Norazura Abdul Karim agar parti UMNO mengambil semua kerusi komponen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Dengan nada sindiran bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata, “Kalau macam itu ambil semua kerusi Parti Komponen dan bertanding atas nama UMNO dan bukan BN”.

“Pemikiran sebeginilah yang menghancurkan perhubungan antara komponen yang setia walaupun UMNO ditinggalkan oleh banyak rakan-rakan selepas hilang kuasa….,” tegas Sivaarajh melalui ciapan Twitter beliau.

Terdahulu, Norazura berkata sudah sampai masanya MIC memberi laluan kepada partinya untuk bertanding di kerusi kawasan parlimen mereka.

Beliau berkata demikian susulan kegagalan MIC untuk merampas kerusi Sungai Siput di Perak yang pernah dianggap kubu kuat MIC bagi tiga pilihan raya umum (PRU) berturut-turut.

Seharusnya kerusi Sg Siput diberi kepada parti yang mampu memenanginya semula, ujarnya.

“Sejak PRU pertama, Sg Siput diwakili oleh MIC dalam setiap pilihanraya. Bermula dengan Tun VT Sambanthan dan yang terakhir Tun Samy Vellu pada tahun 2008.

“Sehingga kini, setelah 3 penggal PRU, Sg Siput masih lagi tidak mampu dimenangi oleh MIC. Dengan jumlah pengundi India yang hanya 11800 ++ orang atau hingga 12000 orang pengundi, MIC dilihat tidak mampu lagi mengembalikan kerusi Parlimen Sg Siput kepada BN.

“Maka, Puteri UMNO bahagian Sg Siput merasakan sudah sampai masanya BN menyerahkan kerusi Sg Siput kepada UMNO. Tidak perlu bermain dengan kuota kerana selama 3 penggal, kuota ini tidak mampu mengembalikan Sg Siput kepada BN,” tulisnya di Facebook. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat