PKPB Di Enam Negeri Dilanjutkan, Larangan Rentas Negeri Kekal – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disambung dua minggu lagi, manakala rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengekalan status berkenaan di Sarawak bermula 30 Mac hingga 12 April manakala di lima negeri lagi bermula Khamis ini sehingga 14 April.

“Negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seperti Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan (Wilayah Persekutuan) Labuan turut disambung berkuat kuasa tarikh yang sama.

Larangan rentas negeri masih lagi berkuat kuasa, hanya rentas daerah dibenarkan, kecuali di Sabah dan Sarawak yang masih tidak dibenarkan atas permintaan kerajaan negeri masing-masing,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat selepas sidang Khas Majlis Keselamatan Negara mendengar pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi serta penilaian risiko bagi tempoh 14 hari pelaksanaan PKPB serta PKPP di negeri-negeri seluruh negara.

Mengulas mengenai operasi pasukan petugas pematuhan, Ismail Sabri berkata seramai 17 individu telah ditahan semalam atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan kesemua mereka telah dikompaun.

“Kesalahan tertinggi melibatkan aktiviti pusat hiburan membabitkan 14 kes manakala tidak memakai pelitup muka sebanyak tiga kes,” katanya.

Mengenai Op Benteng, Ismail Sabri berkata seramai tiga orang pendatang tanpa izin telah diusir dan sebanyak 52 buah kapal dikesan di perairan negara semalam.

Mengenai saringan wajib pekerja asing, beliau berkata seramai 2,578 warga asing telah menjalani saringan COVID-19 semalam dan daripada jumlah itu, tiga orang didapati positif COVID-19.

“Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan seramai 662,335 pekerja warga asing telah menjalani saringan COVID-19, daripada jumlah itu, seramai 10,067 orang telah disahkan positif manakala 652,268 lagi adalah negatif,” katanya. – Bernama

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Dua Pelajar MyPAC Antara 10 Calon Teratas Peperiksaan ACCA

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 teratas pada peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)...

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Gagal Patuh SOP, Bazar Ramadan Di Balok Diarah Tutup Sementara

KUANTAN - Bazar Ramadan Balok, di sini menjadi bazar pertama di daerah ini yang diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang...