Salleh Keruak nasihatkan Alexander Nanta tak wajar guna perkataan “cerai” bercakap soal Sarawak dan Semenanjung

KUALA LUMPUR – Penggunaan perkataan “cerai” dalam perbincangan mengenai kedudukan Sarawak dalam Malaysia adalah tidak perlu dan tidak membina.

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyatakan, perbincangan mengenai hak, autonomi dan pelaksanaan MA63 bukanlah satu penolakan, sebaliknya mencerminkan tanggungjawab bersama untuk memperkukuh Persekutuan.

“Perbezaan pandangan dan kritikan membina wajar dilihat sebagai sebahagian daripada amalan demokrasi yang sihat, bukan ditafsir sebagai ancaman kepada perpaduan.

“Malaysia akan terus bergerak ke hadapan apabila para pemimpin mengutamakan dialog, rasa hormat dan kewarasan berbanding bahasa yang bersifat emosional,” nasihat beliau.

Bendahari Umno Sabah itu dipercayai menasihati Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang sebelumnya berkata “Saya mahu Malaysia terus kekal sebagai Malaysia, di mana rakyat hidup dalam suasana harmoni. Adakah itu terlalu besar untuk diminta?

“Namun saya bimbang. Jika kita terus berbalah dalam semua perkara, maka jangan salahkan orang Sarawak. Jika kamu tidak menyukai kami, lepaskan kami sahaja. Lupakan,” kata Alexander.

Menurut Ahli Parlimen Kapit itu lagi, perbalahan yang berpanjangan di Semenanjung Malaysia semakin membimbangkan sehingga timbul persoalan sama ada Sarawak dan Semenanjung “mungkin kita tidak pernah ditakdirkan untuk menjadi satu bangsa, mungkin itulah sebabnya Tuhan memisahkan kita dengan Laut China Selatan” katanya.

Justeru Salleh berkata, perpaduan sebenar tidak dibina dengan menutup perbezaan, tetapi dengan menangani perbezaan secara bijaksana, seimbang dan berteraskan tujuan bersama — demi membawa Malaysia melangkah ke hadapan bersama.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat