Sistem Penggantungan Zalim, Tak Tahu Presiden Umno Nak Apa? – Yusof

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin Umno seperti diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan memberi kesan buruk kepada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bekas Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail berkata, ini berikutan individu yang bernilai di dalam Umno sudah ditolak keluar tanpa alasan yang kukuh.

“Dalam PRN nanti, kita sudah nampak Perikatan Nasional (PN) akan menguasai tiga negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah, tidak mustahil dengan keadaan Umno sekarang, Negeri Sembilan dan Selangor juga akan jatuh kepada PN.

“Keputusan ini amat menyedihkan, kita tak tahu apa yang Presiden Umno nak sebenarnya. Saya sebagai orang yang digantung sebelum ini pun lihat sistem menggantungkan keahlian seseorang itu amat zalim,” katanya lapor Harian Metro, semalam.

Pada September tahun lalu, Mohd Yusof dilaporkan mengesahkan beliau digantung keahlian parti selama enam tahun.

Bagaimanapun beliau berkata, pihak Lembaga Disiplin Umno membuat keputusan menangguhkan hukuman penggantungan keahlian parti selama enam tahun ke atas dirinya selepas seminggu kemudian.

Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata, setiap salah laku ahli Umno perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin dan perlu ada pengadu sebelum lembaga berkenaan bersidang.

“Contohnya bekas Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, beliau sepatutnya dipanggil Lembaga Disiplin pada Isnin ini tapi semalam beliau dipecat, ini tidak adil untuk beliau.

“Selain itu, apa kesalahan bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sehingga beliau digantung keahlian selama enam tahun, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang merosakkan parti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat