Penganalisis Politik Perlu Faham Isu Sebelum Ulas, Kritik Presiden Umno – Shamsul Anuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menasihatkan penganalisis politik supaya memahami isu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ulasan.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) menyatakan, ulasan yang dibuat Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kartini Aboo Talib yang mendakwa Umno berada di ambang kehancuran selepas keputusan MKT memecat Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tan Sri Noh Omar termasuk menggantung beberapa ahli lain termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein adalah tidak berasaskan fakta dan tidak mengetahui kedudukan sebenar.

“Penganalisis politik mesti faham isu sebenar, baru sesuai buat ulasan.

“Kerana apa yang diulas oleh Dr Kartini Aboo Talib jelas memperlihatkan beliau tidak mengetahui isu sebenar.

“Jadi nasihat saya fahami isu sebenar terlebih dahulu. Lihat dari semua sudut. Barulah boleh membuat ulasan,” saran Ahli Parlimen Lenggong itu dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Dr Kartini dalam ulasannya menyebut kerakusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan meranapkan Umno dan bakal dicatat dalam sejarah Malaysia sebagai Presiden yang menghancurkan Umno.

Beliau berkata, ada pihak berpandangan bahawa Zahid mempunyai agenda tersembunyi untuk menggabungkan Umno dan PKR sebagai satu parti.

“Cara untuk perkahwinan ini berjaya ialah memecat atau menggantung ahli Umno yang pada hemah Zahid akan menjadi duri dalam daging,” katanya.

Mesyuarat MKT Jumaat lalu memutuskan memecat bekas Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor dan bekas ahli Parlimen Rembau itu berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).-Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat