Hamzah Gesa Anwar Tarik Balik Pelantikan Nurul Izzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Amalan nepotisme oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melantik anaknya sendiri, Nurul Izzah, sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri adalah pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pelantikan ini bukan sahaja tidak wajar, salah, serta merosakkan imej kerajaan, malah bertentangan sama sekali dengan amalan tadbir urus baik, berintegriti dan bebas rasuah.

“Pro bono bukan alasan untuk menghalalkan nepotisme dan tindakan Anwar Ibrahim mempertahankan pelantikan anaknya adalah sesuatu yang amat memalukan, lebih-lebih lagi Tan Sri Hassan Marican sudah pun bertindak sebagai penasihat kepada Perdana Menteri.

“Ternyata Malaysia Madani hanyalah retorik kosong kerana keutamaan Perdana Menteri nampaknya lebih terarah kepada ahli keluarga sendiri berbanding menyelesaikan isu kos sara hidup, menangani cabaran ekonomi serta meneroka pasaran baharu untuk Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Susulan itu, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu menggesa Perdana Menteri perlu menarik balik pelantikan berkenaan.

Tegas Ahli Parlimen Larut itu lagi, nepotisme dalam PKR tidak boleh diheret sama ke dalam pentadbiran kerajaan.

“Walk the talk please,” seru beliau.

Semalam, Anwar mengesahkan anaknya, Nurul Izzah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Menurut Anwar, beliau mempelawa anaknya itu untuk menjawat jawatan tersebut bagi membantunya di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Walaupun begitu, beliau tidak membayar apa-apa elaun kepada Nurul Izzah untuk jawatan tersebut.

“Memang saya pelawa dia untuk membantu saya sebagai Penasihat di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan tetapi saya tidak membayar apa-apa elaun kepada dia.

“Baik di Pejabat Perdana Menteri dan di Kementerian Kewangan,” kata Anwar.-Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat