Noh, Khairy Boleh Rayu Di Lembaga Disiplin Tapi Elok Tak Cabar Keputusan – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin Umno bukanlah Mahkamah Persekutuan dan hukuman kepada Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ini bukanlah hukuman penjara atau hukuman mati.

Maka, mereka masih boleh membela diri dan merayu beberapa kali,” kata Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil.

“Jika (Tan Sri) Noh dan Khairy serta yang lain-lain boleh mengalahkan bukti-bukti terhadap mereka yang menunjukkan mereka bersalah, saya percaya Lembaga Disiplin akan membuat keputusan yang seadilnya.

“Namun saya ingin menasihatkan kepada mereka supaya usahlah mencabar-cabar Lembaga Disiplin atau Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno untuk memecat mereka seperti yang mereka telah lakukan sebelum ini, ini akan memburukkan lagi keadaan dan menunjukkan keangkuhan,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Isham menasihatkan supaya ahli-ahli Umno yang telah digantung dan dipecat supaya bersabar dengan cabaran Allah SWT ini.

“Saya dahulu pun pernah dipecat daripada jawatan parti walaupun bukan kerana kesalahan disiplin, oleh itu saya tahu bagaimana rasanya apabila kita dipecat.

“Namun saya percaya untung nasib kita ditentukan oleh Allah dan bukan oleh manusia, jika kita berjuang dengan ikhlas dan terus istiqamah, Allah akan bantu kita,” saran beliau.

Sementara itu, Isham menambah, Noh menyatakan bahawa beliau belum dipanggil oleh Lembaga Disiplin untuk memberi kenyataan dan hanya dipanggil untuk hadir pada hari ini (Isnin).

“Saya tidak berada dalam Lembaga Disiplin oleh itu saya tidak boleh komen berkenaan mengapa halnya sedemikian. Namun pandangan saya adalah mungkin Lembaga Disiplin telah berpuas hati dengan bukti-bukti yang ada yang jelas menunjukkan pelanggaran disiplin mengikut Perlembagaan UMNO dan membuat rekomendasi kepada MKT.

“Ada beberapa pihak yang mempersoalkan tentang prosedur dan isu teknikaliti berkenaan proses pemecatan mereka atau rakan-rakan mereka. Di sini saya ingin nyatakan (dan mengikut makluman dari para peguam Umno) bahawa sebenarnya mengikut Perlembagaan Umno proses tindakan pemecatan atau penggantungan ahli hanya perlu dirujuk kepada MKT sahaja. Proses-proses lain yang melibatkan Lembaga Disiplin dan sebagainya itu sebenarnya hanyalah pengurusan dalaman yang dipraktikkan.

“Oleh itu apabila MKT telah memperakukan pemecatan dan penggantungan ahli Umno, maka pemecatan dan penggantungan itu adalah sah di sisi Perlembagaan Umno dan undang-undang serta peraturan.

“Namun ini tidak bermakna Noh dan yang lain tidak boleh merayu atau berjumpa lagi dengan Lembaga Disiplin untuk membela diri. Beliau masih boleh berjumpa dengan Lembaga Disiplin seperti tarikh asal jemputan iaitu 30 Januari 2023 (hari ini),” ujar Isham.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat