Empat pasangan mara ke final Famili Duo

- Advertisement -

Shah Alam: Empat pasangan duo yang berjaya mara ke peringkat akhir program realiti Famili Duo pada Ahad depan adalah pasangan adik-beradik Ayda Jebat dan Fyna Jebat, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah (adik-beradik), Sissy Imann dan Naim Daniel (sepupu) serta Bella Astillah dan Wanie Kayrie (sepupu).

Masing-masing berjaya mara ke peringkat akhir selepas meraih jumlah kutipan markah tertinggi sebaik sahaja tamat saingan separuh akhir bertemakan Legenda/Idola yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi.

Pasangan Ayda dan Fyna, mendahului dengan 435.9 markah, manakala Zaki dan Yamani di kedudukan kedua (404.2), tempat ketiga dan keempat masing-masing menjadi milik Sissy dan Naim (377.3) dan Bella dan Wani (369.9).

Tiga pasangan duo dengan jumlah markah terendah pula adalah pasangan sepupu Shaffiq Erwin dan Ara Johari (366.3 markah), pasangan adik-beradik Sabhi Sadhi dan Fareedpf K-Clique (362.2 maroah) dan satu lagi pasangan adik-beradik iaitu Siti Sairah-Siti Saidah (356.3 markah).

Ia sekali gus menyaksikan ketiga-tiga pasangan itu terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke peringkat akhir.

Sementara itu, Ayda dan Fyna yang membawa lagu Rolling In The Deep diumumkan selaku juara mingguan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk berkongsi kemenangan bersama Sabhi dan Fareedpf serta Sissy dan Naim.

Saingan peringkat akhir akan bersiaran secara langsung di TV3 pada Ahad depan bermula jam 9 malam dengan menawarkan hadiah utama bernilai RM100,000.

Musim baharu Famili Duo dibawakan khas penaja bersama iaitu Good Virtues Co dan Polident.

Program realiti ini dikendalikan Janna Nick dan Sean Lee.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat