Fokus Khaled Bukan Kuatkan Mana-Mana Kelompok, Tapi Bangunkan Semula Umno Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keutamaan Pengerusi Perhubungan Umno Johor yang baharu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin adalah memastikan perpaduan dan kesatuan Umno negeri itu tetap terpelihara.

Tegas beliau, fokus utamanya bukan sesekali untuk menguatkan mana-mana kelompok dan kumpulan, sebaliknya memulih, merawat dan membangunkan semula kekuatan Umno.

“Pelantikan saya sebagai Pengerusi Umno Johor datang dengan tanggungjawab yang sangat berat. Saya berterima kasih atas kepercayaan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap saya.

“Saya juga sangat menghargai sumbangan besar Datuk Hasni Mohammad terhadap Umno Johor. Peralihan kepimpinan ini dilakukan untuk saya meneruskan kerja-kerja baik yang telah beliau laksanakan Insyallah,” kata Khaled yang juga Naib Presiden Umno dalam kenyataan, semalam.

Menteri Pengajian Tinggi itu turut menyatakan, dalam adat berpolitik pasti ada badai dan geloranya.

“Keutamaan saya ialah untuk memastikan perpaduan dan kesatuan Umno Johor tetap terpelihara.

“Bukan sesekali untuk menguatkan mana-mana kelompok dan kumpulan, tetapi memulih, merawat dan membangunkan semula kekuatan Umno.

“Adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya. Terima lah ia sebagai pasang surut dalam perjuangan dan Insyallah akan ada hikmah terpenting daripada segalanya itu,” ujarnya.

Beliau menyeru semua pemimpin Umno Johor bertaut kembali dan bermuafakat demi kelangsungan parti.

“Insyallah, saya tidak akan menyisih dan meminggirkan sesiapa jua.

“Semua bagi saya, adalah sahabat dan keluarga besar Umno Johor yang akan dirai dan dihargai,” katanya.

Jumaat lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno telah melaksanakan ‘pembersihan’ besar-besaran dalam kepimpinan Umno dengan memecat dan menggantung keahlian.

Susulan itu, kedudukan Hasni selaku Pengerusi Umno Johor diganti dengan Khaled.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat