Tidak Mengikut Prosedur, UMNO Sembrong Tuntut Penjelasan Gantung Hishammuddin

- Advertisement -

SEMBRONG: UMNO Bahagian Sembrong yang mengadakan Mesyuarat Khas hari ini merasa kecewa atas hukuman pengantungan 6 tahun terhadap bekas ketua Bahagian mereka Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussien.

Menerusi kenyataan media Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sembrong Datuk Abd Ghani Abd Rashid berkata, hukuman yang dikenakan terhadap Hishammuddin tidak mengikut proses yang sewajarnya dan tidak cermat.

Oleh yang demikian, UMNO Sembrong telah membuat keputusan agar MKT UMNO membuat penjelasan atas pengantungan Hishammuddin.

Jelasnya, Hishammuddin tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab, tiada sesi pendengaran oleh Lembaga Disiplin UMNO (LDU), dan paling menyedihkan hukuman yang diberikan kepada Hishammuddin langsung tidak mengenang jasa, pengorbanan, dan kesetiaan beliau dalam peringkat kepimpinan parti sebelum digantung.

“Atas dasar itu, keseluruhan ahli Sembrong menuntut satu penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebab musabab kenapa pengantungan yang begitu keras diberikan kepada mantan Ketua Bahagian UMNO Sembrong YB Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussien,

“Kepimpiman UMNO Sembrong yang ada akan mematuhi nasihat YB Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussien supaya kekal dan terus setia dengan parti dan terus berpegang kepada prinsip bahawa kepentingan parti mengatasi kepentingan individu,

“Ini arahan, ini nasihat dari orang yang digantung dari ahli parti supaya kekal bersama parti, jaga parti, sayang parti, inilah gambaran yang boleh kita lihat kesetiaan yang diberikan oleh Hishammuddin kepada parti.” Katanya.

Ditanya adakah UMNO Sembrong ada menyarankan agar YB Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussien membuat rayuan beliau menjawab, UMNO Sembrong menyerahkan segalanya kepada YB Dato’ Seri Hishammuddin untuk membuat keputusan tersebut kerana beliau mempunyai prinsip yang tersendiri.

Namun beliau berharap, MKT UMNO memulakan semakan kembali hukuman pengantungan tersebut kembali. Mulakan dengan tatacara yang betul mengikut prosedur yang ditetapkan parti.

Menurut beliau lagi, UMNO Sembrong akan mengadakan sesi penjelasan kepada ahli-ahli UMNO di 66 cawangan di Sembrong bagi menjelaskan kedudukan sebenar pengantungan YB Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussien.

Penjelasan ini perlu bagi mengelak berlakunya perpecahan dalam parti UMNO. Tambahnya lagi, segala gerak kerja parti yang dirancang akan diteruskan termasuk urusan pemilihan parti pada Mac ini.

Katanya lagi, apa yang berlaku terhadap YB Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussien adalah satu ujian dan hikmahnya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat