62 Individu Sukarelawan Menerima Suntikan Pertama Kajian Vaksin Covid-19 – KKM

- Advertisement -

CYEBRJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seramai 62 individu sukarelawan yang sihat telah menerima suntikan pertama bagi kajian vaksin Covid-19.

Menurut  KKM, mereka antara sukarelawan yang bakal menjadi kumpulan pertama menerima suntikan vaksin bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin #COVID19 di pusat kajian di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

“Seramai 3,000 sukarelawan akan menyertai kajian klinikal fasa 3 ini. Inisiatif ini adalah kerjasama antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan China menerusi Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China, IMBCAMS.

“Kajian ini berupaya memainkan peranan dalam menjana bukti saintifik dalam pembangunan vaksin SARS-CoV-2.

“Perlaksanaannya perlu memenuhi piawaian antarabangsa, dasar serta polisi Regulatori Kesihatan negara yang mantap, Amalan Pengilangan Baik (GMP), Amalan Klinikal yang Baik (GCP) dan Deklarasi Helsinki yang akan dipantau secara ketat oleh Agensi Regulatori Farmasi Negara Malaysia (NPRA) serta Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan (MREC), KKM.” jelas kenyataan tersebut.

Disamping itu, Sebanyak sembilan (9) hospital di seluruh negara, termasuklah Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani terlibat dalam percubaan klinikal di bawah penyelarasan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), KKM.

“Kajian ini melibatkan 3,000 orang sukarelawan tempatan dalam tempoh 13 bulan.” ujar KKM. -SuaraTV

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat