Kenyataan Koo Ham satu kekhilafan, DAP tak campur urusan agama Islam – Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengakui beliau amat sedar bahawa kenyataan Datuk Ngeh Koo Ham akan menimbulkan polemik kononnya DAP cuba mencampuri urusan agama Islam.

Tegas beliau, ini tidak benar sama sekali dan DAP menghormati kebijaksanaan Sultan Selangor dalam membuat sebarang keputusan mengenai urusan Majlis Kebangsaan Hal- Ehwal Agama Islam (MKI).

“Saya amat sedar bahawa kenyataan Koo Ham akan menimbulkan polemik kononnya DAP cuba mencampuri urusan agama Islam.

“Ini tidak benar sama sekali. DAP menghormati kebijaksanaan Sultan Selangor dalam membuat sebarang keputusan mengenai urusan MKI.

Menteri Pengangkutan itu menyatakan, masyarakat bukan Islam juga tidak perlu bimbang dalam perkara ini kerana sekiranya sebarang pindaan undang-undang yang melibatkan hak bukan Islam, ia perlu diperhalusi dan diputuskan oleh Jemaah Menteri dan seterusnya proses seperti biasa perlu dilaksanakan di Parlimen.

Jelasnya lagi, DAP komited terhadap prinsip hormat-menghormati antara satu sama lain dan keharmonian antara agama dan kaum merupakan tanggungjawab kita bersama.

“Marilah kita mengakhiri tahun 2023 ini dengan semangat yang harmoni dan menyumbang kepada Malaysia yang makmur dan sejahtera pada tahun 2024, seru Anthony Loke.

Mengulas lanjut beliau menegaskan bahawa kenyataan Koo Ham yang mencadangkan pelantikan pakar perundangan bukan Islam untuk menganggotai Jawatankuasa Khas Mengkaji Bidang Tugas Mahkamah Syariah merupakan satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa tersebut.

“Jawatankuasa tersebut ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Hal- Ehwal Agama Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor dan bertujuan untuk menasihati Majlis tersebut dengan cadangan-cadangan memperkasakan bidang tugas Mahkamah Syariah.

“Sebarang cadangan oleh jawatankuasa tersebut yang melibatkan sebarang pindaan undang-undang perlu dibawa ke Jemaah Menteri untuk proses penggubalan rang undang-undang seperti biasa.

“Perlu ditegaskan bahawa penubuhan Jawatankuasa Khas ini bukan ditentukan oleh Jemaah Menteri tetapi oleh MKI dan mereka melapor secara langsung kepada MKI,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat