Covid-19 terkawal, kematian rendah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Situasi semasa Covid-19 di negara ini terkawal apabila kadar kemasukan pesakit yang dijangkiti virus itu ke hospital adalah pada 0.5 peratus dan kadar kematian 0.08 peratus sekali gus menunjukkan kedua-dua parameter itu kekal pada tahap rendah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kebanyakan jangkitan kes Covid-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

“Untuk Minggu Epid ME-51 (17-23 Disember), kadar kemasukan pesakit yang menghidap Covid-19 ke dalam hospital adalah pada 0.5 peratus dan kadar kematian 0.08 peratus. Ini bermaksud kadar untuk kedua-dua parameter ini kekal pada tahap yang rendah.

“Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi Covid-19 dan varian berkaitan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Dzulkefly, sehingga kini tiada varian baharu yang dikesan di Malaysia apabila jenis sedang menular di Malaysia adalah masih varian Omicron dengan subvariannya XBB.1.16, XBB.1.5, EG.5 dan termasuk JN.1.

Katanya, subvarian Omicron yang sedang menular diketahui tidak menyebabkan kes yang lebih teruk.

“Virus Covid-19 akan terus berada bersama kita sama seperti virus salur pernafasan yang lain seperti Influenza. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan keseimbangan daripada segi kesihatan dan kehidupan semasa musim peningkatan kes-kes jangkitan berjangkit,” katanya.

Kata Dzulkefly, kumpulan rentan seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah adalah amat digalakkan untuk memakai pelitup muka semasa berada di tempat sesak atau menggunakan pengangkutan awam.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan meneruskan tanggungjawab penjagaan kendiri seperti pemakaian pelitup muka pada situasi memerlukan, melakukan TRIIS dan kemaskini status pada MySejahtera, melindungi golongan rentan dan mendapatkan maklumat betul dan sahih berkaitan kes jangkitan saluran pernafasan termasuk Covid-19 di sumber boleh dipercayai.

“Dengan komitmen daripada semua lapisan masyarakat, situasi Covid-19 di negara ini akan kekal terkawal,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat