Sarawak Lancar Ops Jala Dalam Beberapa Hari Lagi – Uggah

- Advertisement -

KUCHING – Sarawak akan melancarkan Ops Jala tidak lama lagi sebagai strategi bagi menyekat kemasukan pendatang secara haram ke dalam negeri dengan lebih berkesan, sekali gus menghalang penularan jangkitan COVID-19 dari negara luar.

“Jumlah kes positif COVID-19 yang berpunca daripada kehadiran pendatang tanpa izin masih menjadi ancaman besar yang perlu ditangani,” kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Sarawak (JPBNS) berkata Sarawak telah menyaksikan detik-detik sukar yang berkaitan kehadiran pendatang tanpa izin, termasuk kes empat pendatang asing wanita positif COVID-19 yang melarikan diri dengan menaiki bas, yang perlu ditangani.

Beberapa media baru-baru ini melaporkan kejadian empat pendatang asing wanita di Sibu yang didapati positif COVID-19, melarikan diri dari pihak berkuasa dengan menaiki bas, namun mereka berjaya ditangkap di Entikong, berdekatan sempadan Malaysia-Indonesia di Tebedu, kira-kira 100km dari sini.

“Mereka ini langsung tidak bertanggungjawab, jadi kita perlu mengambil tindakan drastik, bukan hanya keatas mereka sahaja, tapi juga keatas mereka yang membantu kemasukan pendatang tanpa izin ke negeri ini,” kata Uggah.

Menurutnya perintah mewajibkan kuarantin keatas kemasukan ke Sarawak ketika ini perlu diteruskan memandangkan jumlah kes positif CIVID-19 di negeri-negeri lain kelihatan masih tinggi.

“Cuba bayangkan jika mereka tidak dikuarantin, mereka balik ke kawasan pedalaman dan timbulkan bencana. Pengorbanan (kuarantin) yang dilakukan mereka akan membantu dalam mengawal penularan di Sarawak,” katanya.

Uggah berkata sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 1 Sept, 411 kes positif COVID-19 telah dilaporkan di Sarawak.

Menurutnya daripada kes-kes positif ini, 38 merupakan kes yang diimport dari luar negara, 80 kes import dari lain-lain negeri dan 293 merupakan kes jangkitan tempatan.

“Daripada 38 kes import, 12 melibatkan rakyat Malaysia, dan 26 bukan warga Malaysia, dengan 15 dikategorikan sebagai pendatang tanpa izin,” katanya.

Uggah berkata lebih banyak hotel dan premis yang sesuai akan dijadikan sebagai pusat kuarantin di bandar Sibu bagi mengelak pelawat yang datang menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat