Bung Moktar kekal pertahan Lamag

KOTA KINABALU — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat malam ini, menjadikannya antara kemenangan terawal yang dicatatkan BN selepas pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang.

Menurut maklumat awal dari pusat penjumlahan undi, Bung Moktar menunjukkan kedudukan selesa mendahului pesaing lain, sekali gus menguatkan peluang beliau mengekalkan mandat di kawasan yang dimenanginya pada PRN 2020.

Setakat ini, beberapa kerusi lain masih melalui proses pengiraan undi, dan keputusan rasmi akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah semua pusat penjumlahan selesai membuat pengesahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat