PM bentang Bajet 2024 bacaan kali kedua, umum e-dompet RM100 ditebus 4 Disember

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Bajet 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara.

Dalam pembentangan itu, tambahan nilai e-dompet RM100 di bawah program eMadani kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dengan berpendapatan kurang RM100,000 setahun boleh ditebus 4 Disember ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ini akan memberi manfaat kepada 10 juta individu, dan melibatkan kos RM1 bilion.

Beliau berkata, tempoh penebusan adalah sehingga 20 Februari tahun depan.

Empat penyedia e-dompet akan terlibat dalam program itu tetapi Anwar tidak menyebut plaform tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat