Ops SAR di tapak runtuhan Batu Maung dihentikan

- Advertisement -

BALIK PULAU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan lebih 20 jam lalu di tapak pembinaan gudang logistik di Batu Maung di sini, sejak 10.30 malam semalam telah dihentikan pada pukul 6.30 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya telah memutuskannya selepas tidak menjumpai mana-mana mangsa yang dikatakan tertimbus di tempat kejadian.

”Jadi mangsa kekal lima orang, tiga meninggal dunia dan dua cedera parah, itu dapatan kita setakat ini,” katanya kepada pemberita di sini, tadi.

Beliau berkata, setakat ini polis mengklasifikasi kes sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut berkaitan insiden runtuhan akan dijalankan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), DOSH dan sebagainya.

”Dapatan siasatan mereka akan diserah kepada polis kalau ada elemen tertentu yang mungkin akan klasifikasi kes sebagai mati mengejut kepada seksyen lain yang sesuai,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Zulfahmi Sutaji berkata, pihak bomba akan mengurangkan kekuatan anggota di lokasi berkenaan dan pasukan bomba dari Balai Bayan Baru akan berada di lokasi kejadian buat masa ini.

”Mereka akan maklumkan sekiranya ada apa-apa perkara baharu, kita akan terus serah tapak lokasi kepada agensi berkaitan,” katanya. – Kosmo

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat