Berhabis hampir RM1 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penerbit sensasi, Datuk A Aida tidak kisah berhabis hampir RM1 juta dengan menambah kos penerbitan drama Kisah Cinta Kita yang sedang disiarkan slot Akasia TV3.

A Aida atau nama sebenar, Zaidah Awang memberitahu, dia sanggup meleburkan wang asalkan berpuas hati dengan drama sentuhan Riza Baharudin itu.

“Saya memang ‘all out’ dan beri yang terbaik. Berapa sekalipun bajet diperlukan, saya tidak kisah. Apa yang yang penting, saya puas hati.

A Aida tidak menyesal berhabis untuk drama Kisah Cinta Kita demi kepuasan dan reputasi sebagai penerbit disegani. Foto Ihsan A Aida
A Aida tidak menyesal berhabis untuk drama Kisah Cinta Kita demi kepuasan dan reputasi sebagai penerbit disegani. Foto Ihsan A Aida

 

“Bajet memang tinggi kerana semua ‘prop’ seperti kereta, rumah dan apa sahaja lokasi kena tampak mewah. Malah, dalam drama ini, semua kereta mewah milik saya digunakan,” katanya kepada BH Online.

A Aida berkata, keputusan untuk tidak berkira soal kos diambil kerana mahu mengulangi kejayaan karya terbitannya, Bidadari Salju yang dibintangi Adam Lee dan Sweet Qismina.

Disebabkan itu, kebanyakan babak dipaparkan dalam drama Kisah Cinta Kita bersifat romantis.

“Cerita ni saya hasilkan persis drama Korea. Saya minta penulis skrip memperbanyakkan babak ‘sweet’ dan manja.

“Babak cinta saya wajibkan pengarah hidupkan agar menyentuh jiwa ala emosi pelakon Korea,” katanya.

Bersungguh-sungguh menghasilkan karya terbaik, A Aida menghasilkan skrip untuk montaj pada awal drama dan akhir serta melakukan kerja suntingan.

“Saya tidak percaya orang lain. Misalnya, daripada montaj itulah kita hendak tarik penonton,” katanya.

Drama Kisah Cinta Kita ditunjangi pelakon utama Aedy Ashraf dan Amelia Anderson. Tidak ketinggalan, Datuk Jalaluddin Hassan, Maria Farida, Khaty Azean, Ikmal Amry dan ramai lagi.

Lagu tema drama ini dinyanyikan Usop berjudul Sejarah Cintaku.

Selain itu, lagu Berakhirlah Pencarianku dendangan Hafiz Suip dan Ernie Zakri serta Duri (Ahmad Syafiq) dipilih bagi memberi emosi dalam drama terbabit.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat