Saintis China Dakwa Covid-19 Berasal Dari India

- Advertisement -

BEIJING – Saintis China mendakwa memiliki bukti kukuh pandemik Covid-19 bukannya bermula di negara itu, sebaliknya penyelidikan mereka menunjukkan ia berpunca dari negara lain, lapor portal NZHerald.

Saintis dari Akademi Sains China mendedahkan satu kertas penyelidikan yang mendakwa kes Covid-19 mula dikesan muncul di India sebelum merebak ke Wuhan.

Penyelidikan itu mendakwa sumber virus berkenaan mungkin berasal daripada manusia dan haiwan liar yang berkongsi sumber air sama kerana gelombang panas melanda seluruh India serta Pakistan tahun lalu.

“Kekurangan air membuatkan haiwan liar seperti monyet bersaing mendapatkan air antara satu sama lain dan ia sekali gus meningkatkan interaksi manusia-binatang liar,” dedah penyelidikan itu.

Kumpulan penyelidik ini menggunakan analisis filogenetik dalam menelusuri asal-usul virus melalui mutasi berbeza dengan berpendapat strain virus mengalami mutasi paling sedikit adalah yang asli.

Justeru, mereka berpendapat kes pertama tidak mungkin berlaku di Wuhan, sebaliknya menuding jari kepada India kerana strain virus dengan mutasi rendah di kesan di negara itu.

Mereka mendakwa sumber virus itu mungkin berasal dari manusia dan haiwan liar yang berkongsi sumber air sama.

“Dari Mei hingga Jun tahun lalu, gelombang panas terpanjang melanda di India dan Pakistan yang mengakibatkan krisis air yang serius di rantau ini,” lapor penyelidikan itu.

Bagaimanapun, kumpulan pakar lain menolak penyelidikan itu yang didakwa tidak meyakinkan dan mencetus keraguan, selain menyifatkannya sebagai berat sebelah dan wujud kecacatan. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat