Subway Malaysia Perkenal “The Ultimate Footlong Meal” Hidangan Gergasi Penuh Kenikmatan untuk Peminat Sandwich

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2025 – Subway Malaysia sekali lagi mencetuskan keterujaan dalam dunia kulinari tempatan dengan pelancaran The Ultimate Footlong Meal, satu set hidangan eksklusif yang direka khusus untuk meraikan cita rasa besar, berani dan segar yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Bermula dari 29 Oktober hingga 30 Disember 2025, kempen ini mengetengahkan konsep hidangan yang berskala besar serta kaya dengan rasa, menampilkan Black Pepper Chicken Edition dan memperkenalkan Footlong Cookie pertama di Malaysia.

Menurut Pengarah Pemasaran Subway Malaysia, Evelyn Lee, pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan menu baharu, tetapi satu bentuk sambutan terhadap apa yang digemari rakyat Malaysia hidangan yang penuh rasa, besar saiznya dan sesuai untuk dikongsi. “Dengan The Ultimate Footlong Meal, kami ingin meraikan kecintaan rakyat Malaysia terhadap rasa yang berani dan hidangan yang mengenyangkan.

Daripada paha ayam berjus dalam Black Pepper Chicken Thigh hinggalah ke Footlong Cookie pertama di Malaysia, kempen ini menyatukan semua elemen yang disukai rakyat Malaysia  kesegaran, kemewahan rasa dan nilai dalam cara yang benar-benar besar dan terunggul,” jelas beliau.

The Ultimate Footlong Meal menggabungkan tiga komponen utama yang menjadikannya satu pengalaman menjamu selera yang unik dan memuaskan. Hidangan utama ialah Black Pepper Chicken Footlong Sub, disediakan menggunakan paha ayam berjus yang disalut dengan sos lada hitam yang pekat dan dihidangkan bersama roti yang dibakar segar setiap hari.

Melengkapkan set ini ialah Footlong Cookie, biskut sepanjang satu kaki yang dibakar segar setiap hari bagi menghasilkan tekstur lembut dan kenyal yang sempurna kali pertama diperkenalkan di Malaysia. Tidak ketinggalan, Footlong Cup edisi terhad setinggi satu kaki direka khas untuk melengkapkan pengalaman indulgent dan eksklusif pelanggan Subway.

Lee menjelaskan bahawa hidangan ini direka untuk dinikmati secara santai dan boleh dikongsi bersama keluarga, rakan, atau rakan sekerja. “Ia bukan sekadar tentang saiz, tetapi tentang pengalaman rasa yang luar biasa, saiz yang besar, dan momen yang boleh dikongsi. Jika anda mahu memanjakan diri, anda juga boleh menikmati keseluruhan Footlong Cookie seorang diri,” tambahnya dengan senyuman.

Bagi memeriahkan pelancaran ini, Subway turut menampilkan instalasi gergasi berbentuk beg Subway 3D di Bukit Bintang dari 27 Oktober hingga 2 November 2025. Instalasi yang berskala besar ini direka bagi menggambarkan tema “terlalu besar untuk disimpan”, sejajar dengan slogan kempen The Ultimate Footlong Meal. Pengunjung boleh meneroka enam ‘lubang intai interaktif’ yang masing-masing menceritakan kisah berbeza mengenai hidangan ini daripada kehebatan Black Pepper Chicken hingga ke kemewahan Footlong Cookie.

Lebih menarik lagi, di ‘lubang intai’ terakhir, pengunjung boleh menemui mesej promosi eksklusif yang menawarkan diskaun RM10 bagi pembelian The Ultimate Footlong Meal di cawangan Subway terpilih. Tawaran ini terhad kepada 2,000 pelanggan pertama yang menebusnya, menjadikan ia satu peluang istimewa bagi peminat Subway untuk merasai sendiri kehebatan menu baharu ini pada harga lebih berpatutan.

Pelancaran ini turut kukuhkan kedudukan Subway sebagai jenama yang sinonim dengan kesegaran, fleksibiliti, dan pengalaman pelanggan yang menyeronokkan. Dengan tagline “The Ultimate Footlong” dan seruan nakal “Terlalu Panjang. Terlalu Besar. Terlalu Sedap.”, kempen ini meraikan semangat besar Subway hidangan segar yang tidak hanya mengenyangkan tetapi juga mencipta pengalaman berkongsi yang menyeronokkan.

Edisi Black Pepper Chicken ditawarkan dalam pilihan Sub, Wrap, dan Salad, memberikan kebebasan kepada pelanggan untuk menikmati rasa lada hitam kegemaran mereka mengikut citarasa masing-masing. Sementara itu, Footlong Cookie dan Footlong Cup eksklusif hanya boleh didapati bersama set The Ultimate Footlong Meal, menambah elemen istimewa dan koleksi kepada tawaran terhad ini.

The Ultimate Footlong Meal kini tersedia di semua restoran Subway di seluruh Malaysia bermula 29 Oktober hingga 30 Disember 2025 pada harga RM39.90. Walau bagaimanapun, pelanggan yang menebus tawaran istimewa daripada instalasi 3D Subway di Bukit Bintang boleh menikmati set ini pada harga promosi RM29.90.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu dan promosi terkini, pelanggan boleh melayari laman web rasmi Subway Malaysia di www.subway.com.my atau mengikuti akaun media sosial rasmi @subwaymalaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat