Perjanjian timbal balas jangan dibaca sekerat, Tengku Zafrul beritahu Azmin kedaulatan negara tidak digadai

KUALA LUMPUR- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membidas balas dakwaan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Azmin Ali berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) mengadai kedaulatan negara.

Jelas Menteri MITI itu, klausa yang dipetik ialah klausa 5.1 dan cuma memetik ayat pertama serta sebahagian ayat kedua.

Justeru Tengku Zafrul mengingatkan Azmin supaya meneliti perjanjian secara menyeluruh.

“Kalau baca perjanjian, kita kena baca penuh, jangan baca sekerat. Klausa yang dipetik ialah Klausa 5.1. Apa kandungan klausa 5.1? dan dia cuma petik ayat pertama dan sebahagian ayat kedua.

“Kononnya kalau Amerika Syarikat (AS) kenakan sekatan kepada mana-mana negara, Malaysia ini automatik kena ikut. Jom, kita baca sama-sama Klausa ini,” katanya dalam video dimuat naik di Facebook pada Selasa.

Tengku Zafrul menjelaskan kandungan klausa tersebut menyebut – “Selepas menerima notifikasi sedemikian daripada Amerika Syarikat, Malaysia hendaklah mengguna pakai atau mengekalkan satu langkah yang mempunyai kesan sekatan yang setara dengan langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat atau bersetuju dengan satu garis masa pelaksanaan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak bagi menangani kebimbangan bersama berkaitan ekonomi atau keselamatan negara”.

“Saya ulang frasa terakhir untuk menangani masalah ekonomi berkongsi atau keselamatan negara. Apa maksudnya? Maksudnya, sekatan ini perlu untuk menangani isu keselamatan negara dan ekonomi bersama.

“Kata kunci di sini, bersama. Maksudnya, kalau isu tersebut hanya memberi kesan kepada keselamatan negara dan ekonomi AS tetapi tidak memberi impak kepada keselamatan negara dan ekonomi Malaysia, kita tidak perlu pertimbangkan,” katanya.

Terdahulu, Azmin dilaporkan berkata ART yang ditandatangani Malaysia dilihat bukanlah satu bentuk timbal balik seperti yang digambarkan, sebaliknya merupakan satu bentuk penyerahan terhadap AS.

Katanya, Malaysia memberikan terlalu banyak kawalan terhadap ekonominya manakala AS kekal bebas menentukan dasar yang menguntungkan industri mereka sendiri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat