Program Bimbingan INSKEN Berjaya Tingkatkan Hasil Jualan 221 Usahawan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) berjaya meningkatkan hasil jualan 221 usahawan melalui 3 program bimbingan iaitu INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC), Program Bimbingan Pembangunan Produk dan Program Bimbingan Keuntungan Menu.

“Hasil jualan tersebut telah menunjukkan jumlah peningkatan sehingga RM3.1 Juta serta 54% peserta berjaya mencapai KPI program yang ditetapkan iaitu peningkatan hasil jualan minimum sebanyak 20% melalui program bimbingan komprehensif anjuran agensi ini yang berada di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

“Pecahan peningkatan hasil jualan ini terbahagi kepada 3 iaitu, RM2.5 Juta daripada 78 peserta Program IBBC, RM246 Ribu daripada 84 peserta Program BimbinganPembangunan Produk dan RM318 Ribu adalah daripada 59 usahawan yang menyertai Program Bimbingan Keuntungan Menu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus  Azharuddin menerusi satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau lagi, peningkatan hasil jualan ini dapat dilihat kerana setiap usahawan yang menyertai program bimbingan INSKEN diwajibkan untuk memasukkan rekod hasil jualan mereka setiap bulan melalui Aplikasi IPro.

“Melalui bimbingan yang diberikan serta rekod hasil jualan ini juga telah membantu 18 usahawan bertukar status daripada kategori mikro kepada kategori perusahaan kecil.

“58 usahawan telah menambah SKU baharu selepas mengikuti Program Bimbingan Produk dan 25 usahawan daripada Program Bimbingan Keuntungan Menu telah meningkatkan penggunaan medium penghantaran makanan.

“Manakala 41 pekerjaan baharu dicipta melalui Program IBBC yang sekaligus dapat membantu mengurangkan masalah pengangguran di kalangan masyarakat negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, secara keseluruhan, 221 usahawan yang bergraduasi telah mengikuti 8 program bimbingan INSKEN dan 5 daripadanya adalah melalui hasil kolaborasi bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, usahawan tidak boleh sentiasa merasa selesa dengan prestasi perniagaan mereka dengan keadaan semasa yang kian mencabar.

“Usahawan dinasihatkan untuk menjadikan KUSKOP sebagai rujukan utama dalam usaha mengembangkan perniagaan kerana kementerian ini telah menyediakan pelbagai inisitiaf untuk membantu usahawan, termasuklah kepada belia yang baru ingin memulakan perniagaan,” katanya, dipetik dari kenyataan sama.

Bagi mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai program latihan dan bimbingan iberkaitan program ini, boleh didapati melalui laman web rasmi INSKEN di www.insken.gov.my dan media sosial rasmi INSKEN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat