PKR rebut 72 Parlimen Semenanjung, banyak kerusi panas

- Advertisement -

AMPANG – PKR bakal merebut 72 kerusi Parlimen di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Antara kerusi panas dan calon popular PKR yang diketengahkan PKR pada kali ini ialah
Presiden PKR yang digelar bapa reformasi bakal berentap di Parlimen Tambun.

Timbalan Presiden PKR yang juga Pengarah Pilihan Raya parti, Rafizi Ramli bakal berentap di Parlimen Pandan yang pernah disandangnya sebelum ini.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dinamakan untuk merebut Parlimen Bandar Tun Razak.

Manakala Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan mempertahankan Parlimen Permatang Pauh.

Juga Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad diamanahkan mempertahankan Parlimen Setiawangsa.

Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijadikan panglima perang menentang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Gombak.

Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun bakal merebut Parlimen Port Dickson.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mempertahankan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim pula ditempatkan di Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek akan merebut kerusi Parlimen Nibong Tebal.

Anak Allahyarham bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz akan merebut Parlimen Pasir Salak.

Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menjadi taruhan PKR di Bagan Datuk bagi ‘merempuh’ Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha tanding Rembau.

Saifulyazan Sulaiman bakal tanding Parlimen Sungai Besar, Selangor.

ADUN Batu Tiga, Roziah Ismail dipilih bertanding di Parlimen Ampang menentang Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin yang juga penyandang kerusi berkenaan.

P. Prabakaran diamanahkan untuk mempertahankan Parlimen Batu.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil bakal pertahan Lembah Pantai.

Dr Noraishah Mydin bakal cabar kerusi Parlimen Putrajaya.

Datuk Husam Musa akan bertanding di Parlimen Pasir Mas.

Kesemua calon yang diumum juga dituntut menandatangani dokumen bon aku janji setia, dokumen persetujuan pulang wang deposit pencalonan dan setuju potong elaun jika menang serta setuju isytihar harta.

Calon-calon PKR bagi Sabah dan Sarawak akan diumum pada sesi lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat