Anwar pastikan calon PKR tak jadi katak bangsat yang khianat

- Advertisement -

AMPANG- Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi supaya memberi pengajaran kepada pengkhianat parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memberi amaran kepada bakal-bakal calon PKR supaya tidak memaparkan imej sombong dan bongkak.

“Sepatutnya wakil rakyat PKR tidak boleh nampak sombong dan bongkak. Tentunya tak jadi katak bangsat yang khianat (sebab) yang angkat mereka orang susah..derma seringgit, RM10.

“Jadi menteri perumahan, (tetapi) rumah rakyat pun tak naik? Kemudian buat keputusan semata-mata pertahan kuasa dan kedudukan mereka. Mana dia sumbangan mereka untuk rakyat.

“Sebab itu saya berulang kali sebut, orang Ampang, Gombak, Bandar Tun Razak dan suruh Wilayah, Selangor dan seluruh negeri di Malaysia pertamanya ajar pengkhianat humban mereka kali ni

“Kedua tunjukkan bahawa semangat dan daya juang rakyat yang akan mengatasi
segalanya.

“Insyallah dengan izin Allah semangat dan daya juang kita boleh merubah peta politik,” katanya di Taman Kosas Ampang malam ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat