39,104 Pelajar Di Daerah Petaling Lengkap Vaksin

- Advertisement -

SHAH ALAM – Seramai 39,104 pelajar tingkatan 4 dan 5 di daerah Petaling telah lengkap divaksinasi dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, Dr. Faridah Amin berkata, kesemua mereka menerima vaksin jenis Pfizer dalam program bermula 20 September lalu.

Katanya, seramai 40 kakitangan terdiri doktor, pegawai perubatan dan jururawat PKD Petaling telah terlibat dalam program tersebut.

“Kami hanya menerima dua kes pelajar yang menerima kesan sampingan setelah disuntik vaksin.

“Namun, hasil siasatan dijalankan mendapati mereka tidak mengambil sebarang makanan sebelum menerima vaskin,” katanya hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak MSU diwakili Pengarah Pusat Perubatannya, Datuk Dr. Lailanor Ibrahim pada majlis penutupan PPV Dewan Canselori Management & Science University (MSU) di sini.

Dalam pada itu, Lailanor berkata, sejumlah 80,840 dos vaksin yang telah diberikan dalam program berkenaan.

“Secara keseluruhan, lebih 100,000 dos vaksin telah kami berikan di dua buah PPV di sini dalam keseluruhan PICK.

“Kami bersedia membuka PPV Dewan Canselori semula sekiranya mendapat permintaan daripada PKD Petaling bagi menjayakan PICK untuk murid berusia 12 hingga 15 tahun,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat