Fiza Sabjahan anggap tak layak dicalon ABPBH 33

Majlis Presiden PN Akan Ditubuhkan- Hamzah Zainudin

CYBERJAYA: Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mencadangkan penubuhan Majlis Presiden yang mana akan dianggotai oleh semua ketua-ketua parti Kerajaan PN. Setiausaha Agung PN, Dato' Seri...

Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Sektor ekonomi yang membantu pertumbuhan ekonomi negara semasa COVID-19, antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat,...

BNM sedia kemudahan TRRF dan MEF untuk bantu PKS

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberikan maklumat lanjut tentang pelaksanaan dua dana untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19...

CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau kenaikan harga bawang merah di pasaran...

Ubat Punca Maradona Meninggal Dunia

BUERNOS AIRES: Diego Maradona diberikan koktel dadah termasuk antikemurungan dan antipsikotik yang digunakan untuk merawat penyakit bipolar. Ia didapati selepas serbuan yang dilakukan polis Argentina...

KUALA LUMPUR: Biarpun sudah 13 tahun mencipta nama dengan TV3, pengacara, Fiza Sabjahan menganggap dirinya masih tidak layak tercalon dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33.

Fiza atau nama penuhnya, Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan tidak menyangka dirinya tersenarai dalam kelompok 20 calon kategori Pengacara TV Popular pada edisi istimewa dikendalikan secara norma baharu ini.

Namun, wanita kelahiran Klang, Selangor yang bersama TV3 sejak 2008, menghargai penganjur mencalonkan dirinya.

“Rasa macam bermimpi. Jika diikutkan, calon lain berstatus artis yang buat banyak kerja seni termasuk mengacara.

“Saya pula hanya mengacara dan hanya dianggap personaliti TV sahaja. Biarpun dalam peringkat pencalonan awal, saya tetap bersyukur. Ini suatu pengiktirafan awal membuktikan kehadiran saya disedari.

“Ini momen manis yang saya akan kenang sampai bila-bila. Tercalon dalam Top 20 sudah jadi magis untuk dikongsi dalam lipatan kerjaya,” katanya kepada BH Online.

Fiza tidak menafikan cabaran dan saingan dunia pengacaraan sekarang berbeza.

“Bagi saya yang tugas hakiki adalah pengacara di sebuah stesen televisyen (TV), saya anggap pencalonan ini sebagai nilai tambah,” katanya.

 

Fiza Sabjahan tidak menyangka tersenarai dalam kelompok 20 calon kategori Pengacara TV Popular, ABPBH 33. - Foto IG Fiza Sabjahan
Fiza Sabjahan tidak menyangka tersenarai dalam kelompok 20 calon kategori Pengacara TV Popular, ABPBH 33. – Foto IG Fiza Sabjahan

 

Fiza menganggap TV3 sebagai gudang ilmu.

“Saya bermula dengan program Nona diikuti Wanita Hari Ini (WHI) dan pelbagai program lain.

“Sayang dan cinta saya kepada TV3 sangat menebal. Malah, saya sudah terbiasa dengan persekitaran kerja.

“Teman dan majikan sudah macam keluarga sendiri,” katanya yang turut aktif melakukan kerja sampingan sebagai pengacara majlis.

Ditanya apakah sukar berhadapan calon lain, Fiza melihat ia daripada sudut lebih luas dan subjektif

“Setiap yang tercalon mesti ada harapan dan impian. Saya tidak terkecuali, namun saya realistik dan kena berpijak di bumi nyata.

“Saya tak ada kelab peminat, tentunya agak sukar mahu menembusi persaingan lain. Tetapi, segala-galanya bergantung pada percaturan dan rezeki Allah,” katanya.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Dulu Sesak Dan Meriah, Koh Samui Kini Ibarat ‘Ghost Town’ Tanpa Kehadiran Pelancong

Boleh dikatakan semua destinasi pelancong di seluruh dunia sesak dengan kehadiran pelancong. Kini, segalanya berubah selepas penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia. Sunyi sepi tanpa...

Vivo Malaysia Lancarkan Siri V20 Memfokuskan Kamera Swafoto 44-Megapixel ‘Eye Autofocus’

Siri V daripada merupakan sebuah siri yang memfokuskan kepada kreativiti serta kemampuan kamera. Siri ini menjadi pilihan khusus buat mereka yang mahukan yang terbaik...

Dah penat tanya Ziana…

KUALA LUMPUR: Dari tahun ke tahun, persoalan mengenai single terbaharu penyanyi Ziana Zain sering tergantung tanpa jawapan pasti. Empunya diri pun sukar menjawab persoalan berkenaan....