PAS ibarat musafir berjalan tak peduli anjing, serigala menyalak di kiri kanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Meskipun berdepan onak duri, PAS tetap fokus mahukan penyatuan ummah sekali gus menyaksikan pertembungan satu lawan satu.

PAS memilih untuk terus berpolitik secara matang dan sejahtera menuju ke arah matlamat perjuangannya tanpa peduli terhadap apa jua fitnah dan tuduhan.

PAS laksana musafir yang meneruskan perjalanan ke destinasinya tanpa peduli anjing dan serigala yang menyalak di kiri mahupun kanan perjalannya.

Demikian perkongsian yang dicatat dalam Facebook PAS Pusat yang antara lain menyatakan tulisan dan ucapan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam coretan Minda Presiden PAS dijadikan panduan serta prinsip perjuangan PAS.

“Tuan Guru (Hadi) dengan jelas menyatakan apa yang diperjuangkan PAS dan kenapa kita perlu menghalang Pakatan Harapan (PH) daripada berkuasa.

“Hanya dengan kefahaman dan keikhlasan, kita akan teguh istiqamah walau apa jua strategi dan percaturan yang dilakukan oleh kepimpinan.

“Sahutlah seruan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin untuk merealisasikan agenda penyatuan ummah,” katanya.

Untuk rekod PAS dijangka memuktamadkan keputusannya berhubung isu antara kerjasama dengan Umno atau Bersatu minggu depan.

PAS sebelum ini berpendapat penyatuan ketiga-tiga parti Melayu-Islam iaitu Umno, Bersatu dan PAS akan menjadi asas kepada kerajaan yang kuat dan stabil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat