Pembangkang tak turun lawat banjir kilat, ini sebuah ‘kemunafikan’ – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ‘memulangkan paku buah keras’ kepada pimpinan pembangkang yang sebelum ini berdegar-degar membantah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada musim banjir.

Zahid berkata demikian susulan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan ahli Parlimen pembangkang di Johor tidak kelihatan di kawasan masing-masing ketika banjir kilat melanda negeri itu baru-baru ini.

Betulkah Ahli Parlimen pembangkang tidak kelihatan di kawasan Parlimen masing-masing yang dilanda banjir kilat di Johor baru-baru ini?

Saya fikir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz yang mendedahkan perkara itu sudah tentu amat jelas mengenai apa yang berlaku di negeri itu.

“Situasi ini menggambarkan sebuah `kemunafikan’ yang nyata oleh pembangkang yang sedang gigih memanipulasikan isu banjir kerana takut PRU-15 diadakan.

“Konon mandat tidak boleh diserah semula kepada rakyat sekarang kerana pembangkang mahu menggembleng tenaga bersama kerajaan menghadapi kemungkinan banjir besar,” bidas Zahid.

Ironinya semasa banjir kilat berlaku pembangkang tidak kelihatan, malah kata Zahid dalam kesibukan meneruskan kempen politik untuk menghasut kebencian bagi berdepan PRU-15.

May be an image of 3 people and text that says "Onn Hafiz 2d Sehari dua ini, banjir juga telah berlaku di Parlimen Iskandar Puteri Pulai dan Sri Gading namun kelibat ahli parlimen di kawasan-kawasan ini angsung tidak dirasai. Oleh itu, mungkin tidak menjadi masalah untuk PH dan bembangkang lain jika diadakan PRU semasa musim banjir. Mereka bukannya turun ke kawasan pun walaupun berlaku banjir. Biasanya masa kempen PRU barulah mereka akan menjelma. malayslakin After yesterday's flash floods, PKR's B MP asks Johor's Umno leaders if they still back snap polls during monsoon PRU semasa tengkujuh: Akmal cabar Umno Johor nyatakan sikop"

“Berkempen ke negeri dan daerah-daerah membawa `fomula auta’ terbaru meskipun tempoh kempen belum bermula, kembali menjaja fitnah penipuan seperti mereka lakukan pada PRU-14.

“Rakyat tidak perlu pun membuat petisyen untuk menyatakan “enough is enough” kepada pembangkang bahawa mereka tidak boleh menipu dan memperdaya sekali lagi.

“Rakyat sudah boleh membaca muslihat dan fitnah penipuan pembangkang yang membantah PRU-15 sekarang sebab memerlukan lebih masa sebagai `talian hayat’,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

‘Petisyen’ sebenar rakyat adalah menterjemahkan rasa meluat terhadap `kemunafikan’ pembangkang yang telah banyak merosakkan negara melalui peti undi, kata Zahid lagi.

Sementara itu katanya, seperkara lagi yang perlu diperjelaskan adalah pembangkang berterusan memainkan persepsi konon hanya Pengerusi BN yang mahu PRU-15 diadakan sekarang.

“Propaganda sama mereka cuba persepsikan sebelum ini konon cuma Presiden Umno yang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu.

“Konon hanya Presiden Umno berpandangan Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal mentadbir negara dan wajar letak jawatan. Semuanya hanya Ahmad Zahid Hamidi.

“Walhal kebenarannya adalah keputusan berkenaan merupakan pendapat dan kehendak akar umbi yang diputuskan secara musyawarah,” tegas beliau.

Tambah Zahid lagi, begitu juga PRU-15 perlu diadakan segera kerana majoriti anggota masyarakat percaya tampuk pemerintahan yang stabil amat penting demi masa depan negara.

“Bukan baru hari ini BN bersama rakyat meminta PRU-15, tetapi pembangkang berjaya melengah-lengahkan dengan pelbagai alasan dan manipulasi.

“PRU-15 perlu diadakan untuk mengembalikan segera kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia yang terjejas teruk sejak 9 Mei 2018.

“PRU-15 mustahak bagi membentuk sebuah kerajaan stabil, kukuh dan berdaya untuk membantu rakyat sekiranya banjir besar benar-benar berlaku hujung tahun. Juga untuk membentuk sebuah kerajaan yang progresif bagi membentengi Malaysia daripada risiko kemelesetan ekonomi dunia yang diramalkan tahun depan,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat