Vaksin agenda Yahudi, hampir 10,000 dewasa di Kelantan enggan disuntik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 65,727 orang populasi dewasa di Kelantan masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 9,953 penduduk enggan menerima vaksin tanpa sebarang alasan munasabah.

“Daripada jumlah itu seramai 9,953 orang sudah isytihar tidak mahu disuntik dan sekitar 17,000 orang mereka yang tidak sesuai divaksin atas faktor kesihatan.

“Jadi jumlah keseluruhan yang tidak mahu disuntik kerana alasan tertentu atau mereka yang memang enggan terima vaksin seramai 27,700 orang,” katanya memetik Malaysiakini.

Dr Izani berkata data itu diperoleh melalui kajian yang dilakukan ketua-ketua jajahan di Kelantan.

Susulan jumlah besar itu, ketika ditanya apakah alasan bagi golongan yang enggan divaksin, kata Dr Izani mereka terdiri daripada golongan yang takut untuk divaksin selain mengganggap usaha itu sebagai ‘agenda Yahudi’.

“Yang enggan divaksin ini macam-macam alasan mereka, takutlah, kata ada agenda Yahudi,” ujarnya.

Dr Izani yang juga ADUN Kijang bagaimanapun enggan melabelkan golong tersebut sebagai antivaksin, sebaliknya tetap berharap mereka berubah fikiran dan tampil menerima vaksin.

Dalam perkembangan sama tambahnya, sehingga kini sejumlah hampir 1.04 juta penduduk negeri itu sudah menerima vaksin bagi dos pertama.

Katanya, ia meliputi 94 peratus berbanding jumlah penduduk dewasa iaitu 1.1 juta orang.

“Kita juga jangkakan semua pusat pemberian vaksin (PPV) di Kelantan akan mula ditutup pada pertengahan Oktober depan.

“Ia selepas mereka yang belum melengkapkan dos kedua menerima vaksin masing-masing. Jadi apabila kerajaan umum untuk kita beralih kepada endemik, rakyat Kelantan juga sudah bersedia mematuhi prosedur yang ditetapkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat