Kompleks Seri Perdana alami banyak kerosakan, sudah cecah usia 22 tahun – Dr Abd Latiff

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja menaik taraf Kompleks Seri Perdana yang berfungsi sebagai kediaman rasmi Perdana Menteri dibaik pulih kerana telah mengalami banyak kerosakan memandangkan bangunan itu telah mencecah usia 22 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad memberitahu, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat skop kerja-kerja membaik pulih dengan kos keseluruhan sebanyak RM38.5 juta.

Katanya ini termasuk kerja-kerja penggantian sistem pendawaian elektrikal dan kebocoran atap Kompleks Seri Perdana.

Abd Latiff berkata, projek ini telah diluluskan pada 19 Mac 2021 dan kerja-kerja bermula pada 29 Mac 2021.

“Ia dijangka siap pada 7 Disember 2021. Setakat hari ini (29 September 2021), kerja-kerja baik pulih telah mencapai 74 peratus kemajuan, berbanding 71 peratus seperti dalam jadual,” jelas beliau.

Abd Latiff memaklumkan pembetulan, pertanyaan lisan Ahli Parlimen Pokok Sena pada 27 September 2021 di Dewan Rakyat, telah dijawab secara bertulis oleh beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan bukan
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ujar beliau, Kompleks Seri Perdana yang dibina pada tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999, adalah kediaman rasmi kerajaan untuk Perdana Menteri Malaysia.

“Berikutan usia Kompleks Seri Perdana telah mencecah 22 tahun, ia telah mengalami banyak kerosakan,” katanya.

Semalam media melaporkan, kerja-kerja ubah suai dan naik taraf Kompleks Seri Perdana dilakukan setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan Perdana Menteri.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, memaklumkan antara faktor lain termasuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu-tetamu utama negara semasa program-program rasmi Perdana Menteri.

“Pengubahsuaian ini meliputi skop-skop utama seperti penambahbaikan pendawaian elektrikal, mekanikal, serta sistem penghawa dingin dan pengubahsuaian struktur di Blok Kediaman Rasmi serta penggantian perabot-perabot rasmi yang telah uzur dan daif, sesuai dengan status kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia,” memetik jawapan bertulis bertarikh 27 September itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat