Syed Saddiq Gesa Kerajaan Benarkan Industri Hemp Dan Marijuana Untuk Perubatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Industri hemp dan marijuana untuk tujuan perubatan digesa dikaji dan diberi kelulusan,” gesa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji seterusnya memberi kebenaran industri hemp dan marijuana diusahakan.

Kata Syed Saddiq, sudah tiba masa bagi Malaysia melaksanakan usaha itu memandangkan industri terbabit boleh membantu sebagai kaedah rawatan alternatif kepada masalah kesihatan mental dan sebagainya.

“Ini bukan perkara baharu dan saya masih ingat ketika di Kabinet sebelum ini ada kajian dilakukan secara terperinci.

“Jadi saya berharap kerajaan dapat membentangkan satu kertas kerja yang telus, ikhlas dipacu data dan sains berkenaan baik dan buruknya kelulusan industri ini.

“Saya katakan ini kerana di lebih 40 negara, kelulusan hemp atau marijuana perubatan sudah diberikan seperti di Australia, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Argentina, Denmark dan terbaharu Thailand,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat