KDN Sambung Khidmat IGP Dua Tahun Lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Khidmat Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara disambung dua tahun lagi.

Lanjutan khidmat beliau itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Memetik Bernama, Acryl Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-13 menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak pada 3 Mei lalu.

Terdahulu, tempoh perkhidmatan Acryl sebagai Ketua Polis Negara akan tamat pada 3 Oktober 2021.

Acryl Sani dilahirkan pada 3 Oktober 1961 di Petaling Jaya, Selangor itu berkelulusan Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan menyertai Polis Diraja Malaysia pada 2 Feb 1986 sebagai Kadet Assistant Superintendent of Police (ASP).

Beliau telah memegang pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman sepanjang perkhidmatan dalam pasukan beruniform itu.

Antara jawatan yang pernah disandangnya adalah Pesuruhjaya Polis Sarawak, Ketua Polis Perak, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil serta Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat