‘Maharaja’ kelas permainan

Kabinet restu FELDA ambil semula ladang dipajak FGV

KUALA NERUS: Kerajaan merestui cadangan FELDA untuk mengambil semula 350,000 hektar ladangnya yang dipajak kepada FGV Holdings Berhad (FGV) bagi mengukuhkan semula kedudukan kewangannya. Menteri...

Kayuhan ‘kaut’ pengalaman

Kini, aktiviti berbasikal sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat di negara ini. Di mana sahaja terutama pada hujung minggu kita dapat melihat pelbagai lapisan usia...

Pelindung peranti

Kuala Lumpur: Pelindung belakang peranti pintar sememangnya penting kerana ia bukan saja untuk gaya, namun lebih memberi perlindungan kepada peranti jika terjatuh di permukaan...

Alunan azan iringi petugas kesihatan ke Sabah (Video)

Kuala Lumpur - Laungan azan mengiringi enam kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang dihantar ke Sabah, semalam bagi membantu mengawal penularan pandemik COVID-19...

Beza babak belakang tabir

GAMBAR belakang tabir drama Perempuan Tanpa Dosa menunjukkan babak pelakonnya, Uqasha Senrose sedang melahirkan anak dengan memakai seluar panjang mengundang kritikan netizen selepas ia...

Perkembangan segmen permainan mudah alih membawa revolusi kepada penawaran telefon pintar yang menggunakan spesifikasi tinggi.

Padanan spesifikasi tinggi ini membolehkan pengguna menikmati pengalaman permainan mudah alih lebih baik tanpa sebarang kelengahan malah boleh melakukan tetapan kesan grafik tertinggi.

Kini, telefon pintar tidak hanya berfungsi untuk perkakas perhubungan sebaliknya ia sudah menjadi ‘mini laptop’ untuk generasi X, Y dan Z memilih peranti terbabit sebagai medium permainan mudah alih yang semakin popular.

Untuk itu, tidak hairan jika hari ini kebanyakan pengeluar telefon pintar menggunakan spesifikasi ‘gergasi’ untuk pemproses serta keupayaan memori (RAM) peranti mereka kerana mahu pengguna menikmati pengalaman permainan mudah alih yang lebih baik.

ASUS menerusi jenama segmen permainan Republic of Gamers (ROG) melancarkan peranti telefon pintar baharu mereka iaitu ROG Phone 3 yang menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 865+ serta dipadankan bersama keupayaan RAM 16GB umpama setara spesifikasi laptop kelas permainan.

Sebelum ini, jika bermain di desktop, pemain akan mementingkan skrin paparan yang mempunyai kadar segar semula (FPS) yang baik bagi pengalaman permainan yang lebih ‘licin’ tanpa tersekat-sekat namun kini perkara itu turut dititikberatkan dalam telefon pintar.

Ujian terhadap ASUS ROG Phone 3 kepada lebih 100 judul permainan termasuk judul PUBG menunjukkan peranti itu mampu memberikan prestasi lebih 100FPS dengan talaan prestasi kesan grafik pada tahap tertinggi (max setting).

Menyentuh aspek spesifikasi, ASUS ROG Phone 3 ini didatangkan dengan pemproses paling maju ketika ini iaitu Qualcomm Snapdragon 865+ 5G bersama padanan 12GB memori (RAM) untuk variasi kelas tinggi.

Peranti ini pula dilengkapi dengan skrin yang menyokong kadar segar semula 144Hz sekali gus memberikan pengalaman ketika permainan terbaik berbanding jenama lain.

 

TELEFON pintar ASUS ROG Phone 3 didatangkan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 865+ 5G bersama 12GB RAM
TELEFON pintar ASUS ROG Phone 3 didatangkan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 865+ 5G bersama 12GB RAM

 

ASUS ROG Phone 3 ini mempunyai fungsi X-Mode iaitu talaan prestasi untuk permainan dan pembelian peranti ini akan dilengkapi dengan Aero Active Cooler yang boleh dipasang pada bahagian belakang peranti.

Penulis yang menikmati pengalaman permainan untuk judul PUBG Mobile, COD Mobile dan beberapa judul lain dengan prestasi yang sangat mengagumkan tanpa sebarang kelengahan.

Peranti juga mampu untuk menyokong pengubahsuai kesan grafik kepada paling tinggi (Very High) tanpa sebarang masalah.

Secara keseluruhannya, ASUS mengeluarkan satu telefon pintar yang sangat baik malah tidak keterlaluan jika ASUS ROG Phone 3 diangkat menjadi ‘Maharaja’ untuk peranti kelas permainan memandangkan keupayaan yang mengagumkan.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Kayuhan ‘kaut’ pengalaman

Kini, aktiviti berbasikal sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat di negara ini. Di mana sahaja terutama pada hujung minggu kita dapat melihat pelbagai lapisan usia...

Pelindung peranti

Kuala Lumpur: Pelindung belakang peranti pintar sememangnya penting kerana ia bukan saja untuk gaya, namun lebih memberi perlindungan kepada peranti jika terjatuh di permukaan...

Beza babak belakang tabir

GAMBAR belakang tabir drama Perempuan Tanpa Dosa menunjukkan babak pelakonnya, Uqasha Senrose sedang melahirkan anak dengan memakai seluar panjang mengundang kritikan netizen selepas ia...