Kes Demam Denggi Di Selangor Meningkat 5.5 Peratus Dalam Tempoh Seminggu

- Advertisement -

SHAH ALAM – Kes demam denggi di Selangor meningkat 5.5 peratus dalam tempoh seminggu pada bulan ini iaitu 533 kes berbanding minggu sebelumnya 524 kes.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, berdasarkan statistik peningkatan itu direkodkan bagi tempoh 20 hingga 26 September pada minggu epid (ME) ke-39 tahun ini.

Menurut beliau, lima daerah mencatatkan kes denggi tertinggi ialah Petaling iaitu 13,608 kes, Hulu Langat (8,091), Klang (6,440), Gombak (5,603) dan Sepang (2,198).

“Jumlah lokaliti aktif sebanyak 192 iaitu meliputi perincian lokaliti ‘panas’ 20, wabak tidak terkawal (14), wabak terkawal (148) dan wabak baharu (10).

“Sebanyak 36 kematian dilaporkan dalam tempoh itu iaitu penurunan 25 peratus berbanding 48 kes pada tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Sha’ari berkata, jumlah kes itu menunjukkan penurunan sebanyak 30.3 peratus iaitu keseluruhan 16,908 kes berbanding 55,773 dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu.

Katanya, komuniti di kawasan kediaman dan tempat kerja digalak melaksanakan gotong-royong secara berkala dengan mengamalkan pendekatan norma baharu. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat