Tukar portfolio tak jejas pentadbiran, cuma salah faham kecil – Bung Moktar

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

MCA Ucap Tahniah, Ikrar Beri Kerjasama Kepada Hishamuddin

CYBERJAYA - MCA mengucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu. "MCA berikrar memberi kerjasama...

Tak Perlu Bimbang Jika Darurat Diisytiharkan – Prof Dr Nik Ahmad

KUALA LUMPUR - Rakyat tidak perlu rasa bimbang sekiranya pengisytiharan perintah darurat benar-benar dilakukan oleh kerajaan. Pengamal Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr...

Dron Tak Bekal Air, Tapi Kolam Takungan ORUS Boleh Bantu Tangani Masalah – Najib

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri Najib Razak mengesyorkan kerajaan Selangor mempertimbang mewujudkan kolam takungan air di kawasan hilir dan pinggir sungai (off river...

Tiada Pengumuman PM Malam Ini

CYBERJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak akan membuat sebarang pengumuman hasil mesyuarat khas kabinet atau perjumpaan beliau dengan Yang Di Pertuan...

KOTA KINABALU- Pertukaran portfolio antara Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Masidi Manjun bukan menjadi satu isu yang akan menjejaskan pentadbiran kerajaan baharu negeri Sabah.

 

Awal hari ini, Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor mengumumkan Bung Moktar memegang portfolio Menteri Kerja Raya, manakala Masidi sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Menteri Kewangan 2.

Mengulas perkara itu, Bung Moktar menjelaskan walaupun terdapat salah faham kecil, ia bukan satu permasalahan besar.

 

“Sebenarnya ini bukan isunya melainkan hanya terdapat salah faham dalam komunikasi. Perubahan ini boleh berlaku mengikut kesesuaian dan sebenarnya tidak ada masalah pun.

 

“Kami teruja kerana kini kita adalah sebahagian daripada kerajaan, jadi tanggungjawab kami adalah untuk membantu kerajaan membangunkan negeri dan rakyat, itulah fokus utama kami.

“Kami akan saling bekerjasama dan saya juga yakin kami akan bertahan lama dalam kerajaan ini,” katanya memetik laporan Harian Metro di kediamannya di Luyang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Bung Moktar turut berkata akan melapor diri di pejabat Kementerian Kerja Raya esok dan bertemu kakitangan kementerian yang diterajui beliau.

Ditanya mengenai penularan wabak Covid-19, Timbalan Ketua Menteri itu juga memaklumkan suah mendapat taklimat penuh daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.

“Kami diberikan taklimat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri berhubung dengan perkembangan negeri termasuk penularan wabak Covid-19 yang meningkat dan juga amat membimbangkan.

“Saya juga sempat bertanya lanjut dengan beliau mengenainya dan beliau memberitahu kita masih mampu menanganinya dengan apa cara sekalipun.

“Jika keadaan memaksa, kami akan meminta untuk diadakan ‘lock down’ beberapa kawasan terutamanya zon merah sebab kami harus melindungi rakyat.

“Inilah cabaran pertama bagi kerajaan baru ini untuk menangani Covid-19 di Sabah,” jelas Adun Lamag itu lagi.

 

Bung Moktar turut memberitahu kerajaan negeri juga akan membincangkan mengenai beberapa kementerian yang mungkin akan diubah suai mengikut keperluan terutamanya dalam menangani wabak Covid-19 di Sabah.

 

 

 

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

Berita Berkaitan

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

MCA Ucap Tahniah, Ikrar Beri Kerjasama Kepada Hishamuddin

CYBERJAYA - MCA mengucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu. "MCA berikrar memberi kerjasama...

Tiada Pengumuman PM Malam Ini

CYBERJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak akan membuat sebarang pengumuman hasil mesyuarat khas kabinet atau perjumpaan beliau dengan Yang Di Pertuan...