101 Jangkitan Baru Covid, 73 Kes Di Sabah – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 101 kes positif baharu COVID-19, dengan 97 daripadanya membabitkan penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes positif baharu itu, 93 kes membabitkan rakyat tempatan, manakala empat lagi membabitkan warga asing.

Beliau berkata, seramai 73 individu dikesan positif COVID-19 di Sabah iaitu 51 dalam Kluster Bangau-bangau; lapan saringan bergejala; tiga dalam kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bomba; dua daripada Kluster Benteng LD; dua daripada Kluster Kuarters; dua daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Utara dan masing-masing satu kes saringan rujukan ke Hospital Sandakan; kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa; kes saringan petugas kesihatan dan saringan komuniti.

Katanya, sebanyak 14 kes positif baharu dilaporkan di Selangor membabitkan sembilan kes saringan pulang dari Sabah; dua kes saringan kontak rapat kepada kes positif; satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Benteng PK; satu dalam Kluster Jalan Apas dan satu kes saringan sebelum pulang ke negara asal.

“Di Johor ada dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bakawali yang kesemuanya membabitkan warganegara,” katanya pada sidang media COVID-19, di sini, hari ini.

Kes jangkitan tempatan membabitkan individu yang pulang dari Sabah juga dikesan dengan masing-masing satu di lapan negeri iaitu di Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Melaka, Kelantan, Pulau Pinang, Putrajaya dan Perlis.

Dr Noor Hisham berkata, empat kes import membabitkan dua individu yang pulang dari Myanmar yang dikesan di Sarawak; satu kes pulang dari Arab Saudi yang juga dikesan di Sarawak, manakala kes pulang dari Nigeria dikesan di Selangor. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat