Peta China 2023 termasuk perairan Sarawak, Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peta standard China edisi 2023 yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli sempena sambutan Hari Publisiti Ukur dan Pemetaan dan Minggu Publisiti Kesedaran Pemetaan Kebangsaan China semalam meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak.

Peta standard China edisi 2023 menggabungkan kawasan yang dipertikaikan termasuk tuntutannya ke atas Arunachal Pradesh, wilayah Aksai Chin, Taiwan dan Laut China Selatan – membabitkan kawasan maritim Malaysia (ZEE berhampiran Sabah dan Sarawak), Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

Pengarah Pusat Kajian Teknologi Peta kementerian itu, Zhang Wenhui, menyatakan pemetaan dan maklumat geografi memainkan peranan penting dalam meningkatkan pembangunan negara, memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat, menyokong pengurusan sumber asli, dan membantu pembinaan ekologi dan tamadun.

“Langkah seterusnya adalah untuk mempercepatkan aplikasi data maklumat geografi seperti peta digital dan navigasi dan kedudukan dalam pembangunan ekonomi digital, seperti perkhidmatan berasaskan lokasi, pertanian ketepatan, ekonomi platform dan kenderaan bersambung pintar,” kata Wu.

Setakat ini kerajaan Malaysia belum memberi sebarang kenyataan kepada peta terbaharu ini. – SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat