Gimik Johnny Depp hangatkan VMA 2022

- Advertisement -

NEWARK: Gimik suntingan digital wajah Johnny Depp pada angkasawan dikenali sebagai ‘Moon Person’ yang menjadi maskot MTV Video Music Awards (VMA) 2022 membuka tirai acara anugerah popular itu, hari ini.

Berlangsung di Prudential Center di sini, penampilan wajah Depp pada ‘Moon Person’ yang melayang di udara, menghangatkan acara yang menyaksikan ramai penyanyi termasuk bakat baharu diiktiraf peminat dengan trofi ikonik berkenaan.

Memetik laporan portal Page Six, segmen kejutan Depp itu dirakam lebih awal sebelum ditayangkan pada majlis anugerah yang dihoskan LL Cool J, Jack Harlow and Nicki Minaj.

“Saya perlukan pekerjaan. Saya boleh bekerja untuk mana-mana majlis ulang tahun, keagamaan dan perkahwinan,” usik Depp dalam gimik itu.

Sejak awal tahun ini, Jepp hangat diperkatakan apatah lagi selepas menang kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36, dengan hakim memutuskan pelakon terkenal itu perlu dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta).

Juri dilapor memutuskan Depp dibayar AS$10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif, lapor NBC News.

Sementara itu, Anugerah VMA 2022 tahun ini menyaksikan Minaj menerima penghormatan besar menerima Michael Jackson Video Vanguard Award.

Selain itu, Minaj memenangi kategori Video Muzik Hip Hop Terbaik, Do We Have A Problem menampilkan Lil Baby.

Sementara itu, Harry Styles meraih trofi Album Terbaik melalui bingkisan berjudul Harry’s House dan trofi Lagu Pop Terbaik bagi single As It Was.

 

Taylor Swift merangkul trofi Video Terbaik, Video Muzik Berdurasi Panjang Terbaik dan Pengarahan Video Muzik Terbaik bagi video muzik All Too Well
Taylor Swift merangkul trofi Video Terbaik, Video Muzik Berdurasi Panjang Terbaik dan Pengarahan Video Muzik Terbaik bagi video muzik All Too Well

 

Taylor Swift merangkul trofi Video Terbaik, Video Muzik Berdurasi Panjang Terbaik dan Pengarahan Video Muzik Terbaik bagi video muzik All Too Well.

Artis elektropop, Billie Eilish pula meraih trofi Lagu Terbaik melalui dendangannya, Happier Than Ever manakala band K-Pop, BTS meraih trofi Kumpulan Terbaik.

Band rock ikonik, Red Hot Chili Peppers menerima penghargaan bagi anugerah Ikon Global dan Video Muzik Rock Terbaik menerusi lagu Black Summer. – AGENSI

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat