Zara Zya tak tertekan soal jodoh

- Advertisement -

Bandar Tasik Permaisuri: Pelakon Zara Zya memaklumkan mungkin faktor umur menjadi punca peminat cepat mengaitkannya dengan mana-mana lelaki.

Menurutnya peminat tertunggu-tunggu melihatnya berkahwin sehinggakan bergambar bersama Shuib juga dikaitkan mereka bercinta.

“Kami sebenarnya adalah rakan bisnes dan tak lebih dari itu. Namun apa yang dibuat (bergambar bersama) bukanlah satu gimik murahan semata-mata untuk promosi perniagaan.

“Bagi saya Shuib seorang lelaki yang baik dan sering memberi sokongan kepada artis lain.

“Dia baik dan kami juga pernah sekali bekerjasama sebelum ini tetapi itu dulu dan sudah lama perkara itu berlaku,” katanya yang ditemui pada pelancaran Bubble Bee by Zara Zya, semalam.

Zara, 36, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, apa yang dibuat juga sebenarnya sebagai memenuhi keinginan peminat.

“Saya muat naik gambar bersiap cantik-cantik tapi hanya mendapat beberapa sahaja tanda suka sedangkan ada berjuta pengikut di Instagram.

“Ia agak berbeza jika kita memuat naik gambar atau video yang mempunyai cerita. Mereka akan tonton dan memberi komen kerana kalau tidak mereka tak akan tengok,” katanya.

Zara juga mengakui tidak tertekan atau ambil kisah berkenaan identiti lelaki yang akan menjadi pasangan hidupnya nanti.

“Saya tak kisah pun kerana mereka ini mengikut musim. Jika saya bersama dengan seorang pelakon lelaki ini, mereka akan cakap saya bercinta dengan dia.

“Ada peminat saling berlawan antara satu sama lain untuk menentukan siapa pasangan terbaik untuk saya.

“Sejujurnya saya tak terbeban dengan persoalan jodoh tapi kadang kala apabila penat bekerja saya akan tertanya kenapa mereka berbuat demikian.

“Mana tahu kalau-kalau buka bisnes di sini, saya akan bertemu jodoh,” katanya secara bergurau.

Terdahulu, Zara pernah bertunang dengan pelakon Hafreez Adam pada 12 Oktober 2019, namun putus sebulan kemudian. Dia mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik buatnya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat