PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Lajim Ukin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi ini di Hospital Pakar KPJ, Sabah.

Jelas Perdana Menteri, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan kepada negara.

“Sebagai Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) malah pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Beaufort dan DUN Klias, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan kepada negara.

“Allahyarham semasa hayatnya juga pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Semoga segala khidmat bakti Allahyarham mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah SWT dan semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.
Al-Fatihah.” kata Perdana Menteri melalui Facebooknya.

Terdahulu, Datuk Seri Panglima Hj Lajim Ukin merupakan Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital swasta dan jenazah beliau akan dibawa ke kampung halamannya di Kampung Kebatu, Beaufort untuk disemadikan.

Lajim yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS), disahkan positif Covid-19 sejak 12 Ogos lalu dan dimasukkan ke hospital swasta bermula 13 Ogos.

Melalui satu pesanan suara yang dihantar oleh beliau kepada Naib Presiden PERKIS, Datuk Haji Jalidar sebelum beliau di masukkan ke hospital, beliau meminta agar perjuangan menegakkan islam di negeri Sabah diteruskan oleh PERKIS dan seluruh rakyat di negeri itu.

“Insyallah kita akan terus berjuang bersama-sama. Biarlah susah senang kita bersama untuk menegakkan islam di Sabah. Kita tidak tahu berapa lama lagi kita hidup. Kita hanya mampu berdoa diberikan Panjang umur dan kesihatan juga murah rezeki. Seolah sebahagian rezeki kita perolehi akan kita sumbang kepda PERKIS kerana itu adalah amal jariah kita sampai bila bila dunia dan akhirat. Teruskan perjuangan”. Kata Allahyarham sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat