“Kita tidak tahu berapa lama lagi kita hidup” – Datuk Seri Lajim Ukin meninggal dunia

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Lajim Ukin, disahkan meninggal dunia pada jam 6.23 pagi.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital swasta dan jenazah beliau akan dibawa ke kampung halamannya di Kampung Kebatu, Beaufort untuk disemadikan.

Perkara tersebut disahkan oleh Pegawai Khas kepada Lajim, Ismail Norazman menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini.

“Terima kasih untuk segala doa kalian, semoga Allah menempatkan beliau dikalangan hambanya yang soleh disisiNya kelak, diampunkan segala dosa dan diterima segala amal kebaikannya di dunia, al-Fatihah,” tulisnya pada hantaran di laman Facebook hari ini.

Lajim yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS), disahkan positif Covid-19 sejak 12 Ogos lalu dan dimasukkan ke hospital swasta bermula 13 Ogos.

Melalui satu pesanan suara yang dihantar oleh beliau kepada Naib Presiden PERKIS, Datuk Haji Jalidar sebelum beliau di masukkan ke hospital, beliau meminta agar perjuangan menegakkan islam di negeri Sabah diteruskan oleh PERKIS dan seluruh rakyat di negeri itu.

“Insyallah kita akan terus berjuang bersama-sama. Biarlah susah senang kita bersama untuk menegakkan islam di Sabah. Kita tidak tahu berapa lama lagi kita hidup. Kita hanya mampu berdoa diberikan Panjang umur dan kesihatan juga murah rezeki. Seolah sebahagian rezeki kita perolehi akan kita sumbang kepda PERKIS kerana itu adalah amal jariah kita sampai bila bila dunia dan akhirat. Teruskan perjuangan”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat