Nikmati ‘View’ Kuala Lumpur Dari Ketinggian 50 Meter, Forest Skywalk FRIM Bakal Jadi Destinasi Pilihan Ramai

- Advertisement -

Asyik ‘food hunting’ dan berjalan-jalan dalam pusat membeli-belah, apa kata anda lakukan aktiviti yang berbeza. Anda boleh menikmati pemandangan alam semula jadi dan menghirup udara segar di Forest Skywalk.

Untuk pengetahuan anda, Forest Skywalk atau lebih dikenali sebagai Jejantas Rimba akan dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 2020. Menariknya, pengunjung dapat melihat pemandangan sejauh lebih kurang 30 km serta bangunan-bangunan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya seperti Menara KLCC, Menara KL dan Menara Telekom Malaysia dari menara tinjau.

Jejantas ini dibina menggunakan bahan aluminium dan guy wire. Malah, jejantas ini berukuran 15 hingga 50 meter tinggi serta 250 meter panjang. Forest Skywalk boleh menerima kunjungan 150 orang untuk setiap hari.

Waktu operasi Forest Skywalk ini adalah pada setiap Isnin hingga Ahad, jam 8.30 pagi hingga 4.30 pagi. Manakala, hari Jumaat waktu operasi adalah 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari dan bersambung semula pada jam 2.45 petang hingga 4.30 petang.

Menarik bukan? Bolehlah ajak rakan-rakan anda atau keluarga untuk melakukan aktiviti ini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat