Malaysia Tegas Pertahan Sabah Dalam Malaysia Kata Muhyiddin

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap isu-isu yang melibatkan kedaulatan negara.

Muhyiddin berkata, Malaysia tegas mempertahankan Sabah daripada tuntutan yang mempertikaikan kedaulatannya.

Kenyataan tersebut merujuk jepasa tindakan Filipina yang mahu memasukkan peta Sabah dalam pasport antarabangsanya.

“Saya tak nak cakap panjang, kita tidak akan tunduk dengan tuntutan ini. Sabah kekal dalam Malaysia… Sabah sebahagian daripada Malaysia.

“Jangan ada usaha untuk menarik Sabah keluar dari Malaysia dan jangan ada usaha orang lain daripada Malaysia menuntut Sabah untuk menjadi sebahagian daripada wilayah mereka,” katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah sebentar tadi.

Terdahulu Pengerusi Penaja Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar membuat satu laporan polis terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Afdal.

G57 mendakwa Presiden Warisan itu bertindak sebagai agen Filipina yang menuntut Sabah ke dalam pasport antarabangsa negara itu.

Menurut Zulkarnain, sebelum ini wujud tuduhan yang mengaitkan nama Shafie sebagai agen sehingga Filipina semakin berani untuk menuntut Sabah.

“Beberapa video telah dimuat naik dan tular merujuk kepada tuduhan tersebut sehingga menimbulkan kegusaran awam terutamanya rakyat Sabah.

“Harus diingat baru-baru ini kerajaan Filipina pernah bercadang memasukkan Sabah dalam peta pasport antarabangsa Filipina juga sebelum ini Sabah pernah diceroboh kerabat Sultan Sulu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat