Sebelum PRU15 Guan Eng kata PH akan mansuh tol lebuhraya PLUS, ‘basah’ rakyat ditipu – Fadhli

SEREMBAN – Pas mempersoalkan laungan politik prestasi yang dijaja pemimpin DAP.

Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari berkata, selepas DAP dan Pakatan Harapan (PH) ditekan kerana permainan kad rasis yang tidak berkesudahan, hari ini mereka katakan bahawa PH bentangkan politik prestasi, bukan sentimen.

“Prestasi mana yang pemimpin DAP dan PH mahu jelaskan?

“Sebelum PRU15, pemimpin DAP Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan jika PH menjadi kerajaan, mereka akan memansuhkan tol sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

“Kenyataan beliau dirakamkan oleh akhbar Sinar Harian pada 31 Oktober 2022. Ini bukan cerita purbakala, ini cerita baru sahaja dalam PRU15 yang lalu,” bidas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Untuk rekod, Guan Eng pernah menyebut PH sedia memansuhkan tol sepanjang Lebuhraya PLUS jika mereka diberi mandat membentuk kerajaan selepas PRU15.

Guan Eng ketika itu memberitahu China Press, ketika menerajui kerajaan 22 bulan, PH telah berjaya mengurangkan bayaran tol sebanyak 18 peratus.

Menurut bekas Menteri Kewangan itu, PH boleh menghapuskan tol lebuh raya itu jika diberikan tempoh mentadbir selama 5 tahun.

Menurut Fadhli, ini bermaksud, jika PH menang, seharusnya rakyat Negeri Sembilan yang ulang-alik bekerja daripada Seremban, Nilai mahupun Port Dickson tidak perlu lagi membayar sekupang pun tol melalui PLUS.

“Tapi apa yang berlaku selepas itu? Tol berjalan seperti biasa.

“Malah, Menteri Pengangkutan Anthony Loke juga daripada DAP mengumumkan sistem teknologi pembayaran tol akan diperkenalkan kepada negara dalam tahun ini atau tahun hadapan.

“DAP kata ini adalah politik prestasi?

“Satu Malaysia orang Melayu, Cina, India basah kena tipu dengan pemimpin DAP dan PH.

“Saya nak tanya, kalau benar DAP ada integriti, mengapa Anthony Loke melaksanakan projek Kampung Madani dalam DUN Chennah katanya anjuran APAD baru-baru ini?

“Loke adalah Menteri Pengangkutan. APAD adalah agensi di bawah Kementeriannya. Loke juga adalah Adun Chennah.

“Loke buat program menggunakan agensi bawah Kementerian Loke di dalam DUN Loke sebagai wakil rakyat.

“Adakah ini juga politik prestasi?

“Ironinya program tersebut diumumkan beberapa hari sebelum penamaan calon PRN. Mengapa gula-gulakan rakyat kalau anda yakin boleh bentangkan politik prestasi itu?

“Tahniah saya ucapkan atas prestasi DAP yang sangat hebat ini,” tempelak beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat