RoS Benarkan Pemilihan UMNO Selepas PRU

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Akhirnya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan Perlembagaan UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, RoS bersetuju kepada pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (DewanRakyat).

“ROS juga meminta agar satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat).

“Ini bermakna pemilihan UMNO untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat daripada enam bulan selepas PRU-15 diadakan,” jelas Ahmad dalam kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu sumber lain memberitahu SuaraTV, adalah difahamkan Pindaan Perlembagaan UMNO diluluskan dengan pindaan yakni keputusannya ialah membenarkan pemilihan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi dengan membuang peruntukan yang membenarkan penangguhan selama 18 bulan.

“Seterusnya memasukkan syarat bahawa mesti ada satu pemilihan setiap kali penggal PRU,” kata sumber itu.

Dalam pada itu, Ahmad memberitahu beliau telah menerima surat daripada RoS pada petang Jumaat 29 Julai 2022.

“RoS telah meluluskan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan Perlembagaan UMNO.

“Kelulusan ROS itu berkuat kuasa pada tarikh 29 Julai 2022.

“Bagi pihak UMNO, saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada RoS dan semua pihak yang terlibat dalam meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO,” ucap beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat