‘Jangan marah, bantuan tetap akan sampai’ – Zara Zya

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Jangan marah-marah. Mesej (DM) saja maklumat lengkap, insya-Allah nanti bantuan akan sampai,” kata pelakon Zara Zya kepada individu yang memohon bantuan susu dan lampin pakai buang.

Zara, 36, berkata, dia menerima banyak DM di Instagram termasuk mereka meluahkan rasa marah kerana tidak mendapat balasan mesej.

Menurut Zara yang menggerakkan badan bukan kerajaan (NGO), Malaysia Prihatin, dia tidak akan membalas DM berkenaan sebaliknya akan terus membuat senarai bagi yang memohon bantuan.

“Pada siapa nak bantuan susu dan lampin pakai buang, tolong DM pada saya iaitu nama, alamat, nombor telefon, saiz lampin pakai buang dan umur anak untuk susu. Tak perlu nak tanya boleh atau tak, bila nak hantar, macam mana nak daftar, tak perlu.

“Insya-Allah saya akan salurkan secepat mungkin. Terlalu banyak DM yang saya dapat dan saya kena buka satu persatu. Jadi jangan marah-marah. Sebab ada ramai juga marah cakap tak prihatin. Kata nak bantu orang susah tapi DM tak balas. Saya takkan balas. Saya cuma baca maklumat yang diberi dan saya buat senarai,” katanya.

Dalam masa sama, Zara memohon doa orang ramai supaya dia diberi kesihatan baik dan dilimpahkan rezeki supaya dapat terus membantu mereka yang memerlukan.

“Insya-Allah doakan saya sihat dan dilimpahkan rezeki berkat untuk saya kongsi dengan semua orang yang perlukan bantuan saya. Segala susu dan lampin pakai buang yang anda nak akan sampai depan rumah anda,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat