Semakin Ramai Bukan Islam Sertai PAS

Peruntukkan RM6.37 Juta Untuk Program Rumah Rakyat Pahang

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM6.37 juta untuk membina 98 Rumah Rakyat Pahang (RRP) sebagai salah satu kaedah supaya anak negeri Pahang berupaya memiliki...

Sejuta Orang Sudah Mati Akibat Covid-19, Dan Ini Kisahnya

SEORANG doktor China yang cuba memberi amaran. Seorang bapa kepada enam anak yang berhijrah dari Pakistan ke Amerika Syarikat untuk memberikan kehidupan yang lebih...

PKPDB: KWSP Tawau Dan Lahad Tutup

CYBERJAYA: Akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB),  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup  sementara pejabat dan kaunter di Lahad Datu dan...

509 Penagihan Berulang Di Johor

JOHOR BAHRU: Seramai 509 penagih dadah tegar atau berulang di negeri ini disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, sejak Januari lepas...

PM Ucap Terima Kasih Atas Pemilihan Hajiji Sebagai Ketua Menteri Sabah

CYBERJAYA: Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri dari Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional...

Rembau – Semakin ramai penyokong bukan Islam kini mendaftar sebagai ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Negeri Sembilan susulan penerimaan kira-kira 200 borang keahlian baharunya.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan Pas Negeri, Dr Badzli Bakar berkata, kelmarin pihaknya menerima hampir 200 borang keahlian baharu DHPP yang diserahkan di Pejabat Pas Rembau.

“Kita mengadakan majlis ramah mesra antara pemimpin Pas dan juga DHPP pusat yang dihadiri oleh Pengerusinya sendiri ke Pejabat Pas Rembau.

“Hasil pertemuan berlangsung hampir sejam itu, memperlihatkan bahawa Pas semakin diterima masyarakat bukan Islam, menandakan bahawa Pas selama ini berjuang untuk semua bangsa mula difahami.

“Sebaik sahaja pertemuan tersebut, sebanyak 200 borang keahlian DHPP Negeri Sembilan diserahkan kepada Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan,” katanya.

Menurut beliau, penyerahan borang keahlian DHPP tersebut disempurnakan Pengerusi DHPP Malaysia, Senator N Balasubramaniam kepada Persuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha.

Tambahnya, masyarakat bukan Islam mula menunjukkan minat terhadap Pas dengan membuktikan penyertaan mereka dalam DHPP yang merupakan salah satu sayap Pas.

“Memandangkan ramai penyertaan bukan Islam, kita sedang merangka beberapa program termasuk Pelancaran DHPP dan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Sembilan pada 29 Ogos ini bertempat di Komplek Pas Negeri Sembilan (KOMPAS).

“Dengan pertambahan ahli DHPP di negeri ini, ia akan menjadi lebih mudah bagi jentera bergerak terutama di kawasan yang ramai bukan Islam untuk memberikan penerangan hala tuju dan perjuangan Pas yang bukan sahaja menjaga agama tetapi rakyat keseluruhan termasuk bukan Islam,” katanya.

Badzli berkata lagi, Pas menjangkakan lebih ramai bukan Islam akan tertarik dengan parti itu dan menyertai DHPP.
“Pas sentiasa terbuka menerima sesiapa sahaja yang mahu menjadi ahli tanpa mengira agama kerana Pas berjuang untuk semua (Pas for all) dan kita sangat mengalu-alukan penyertaan lebih ramai masyarakat bukan Islam dalam Pas,” kata beliau lagi.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Peruntukkan RM6.37 Juta Untuk Program Rumah Rakyat Pahang

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM6.37 juta untuk membina 98 Rumah Rakyat Pahang (RRP) sebagai salah satu kaedah supaya anak negeri Pahang berupaya memiliki...

PKPDB: KWSP Tawau Dan Lahad Tutup

CYBERJAYA: Akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB),  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup  sementara pejabat dan kaunter di Lahad Datu dan...

509 Penagihan Berulang Di Johor

JOHOR BAHRU: Seramai 509 penagih dadah tegar atau berulang di negeri ini disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, sejak Januari lepas...