Immigresen Benar Peguam Jumpa Rayhan Esok

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Jabatan Immigresen Malaysia (JIM), memberikan kebenaran kepada pihak peguam untuk bertemu dengan lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir.

Perkara itu dimaklumkan oleh K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja, peguam bela yang dilantik oleh keluarga Md Rayhan pada 18 Julai lalu.

“Jabatan Immigresen telah memaklumkan kepada kami (pihak peguam yang dilantik oleh keluarga) untuk berjumpa dengan anak guam kami Md Rayhan Kabir esok, 29 Julai 2020 pada jam 11.00 pagi bertempat di Immigresen Putrajaya” memetik kenyataan ringkas yang dikirim ke SuaraTV sebentar tadi.

Mereka sebelum ini berkata belum lagi dapat berjumpa dengan anak guamnya disebabkan permohonan sedang diperhalusi untuk tindakan lanjut.

Terdahulu CR Selvaraja berkata anak guamnya tidak tahu atas apa beliau akan didakwa atau tindakan diambil tetapi pihaknya sedang menunggu panggilan dari pegawai penyiasat untuk mengetahui hala tuju penyiasatan.

Dalam hal berkenaan, pihaknya terpaksa melaporkan perkara sama kepada keluarga anak guamnya kerana sebagai keluarga mereka risau akan keselamatan dan keadaan Rayhan yang ditahan.

Md Rayhan, 25, yang sebelum ini diburu JIM bagi membantu siasatan berkaitan dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ oleh Al Jazeera ditahan pada Jumaat lalu.

Dalam dokumentari itu, Md Rayhan membuat dakwaan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin, ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi membanteras penularan koronavirus (Covid-19).

Sabtu lalu, Khairul Dzaimee dalam kenyataannya berkata, lelaki itu akan diusir keluar dari negara ini serta merta dan diharamkan memasuki Malaysia selama-lamanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat