‘Stailo’ dan lasak

- Advertisement -

TIDAK dinafikan pemakaian jam tangan pintar pada hari ini memainkan peranan penting kepada mereka yang mempunyai gaya hidup yang kompleks.

Maklum sahaja, ketika ini pemakaian jam tangan bukan sekadar untuk melihat waktu, tetapi ia diperlukan lebih daripada itu.

Justeru, sebagai peneraju jam tangan pengembaraan dunia, SUUNTO memperkenalkan model terbaharunya, SUUNTO 5 Peak yang mempunyai ciri lengkap untuk mereka yang mementingkan gaya hidup sihat dan dalam masa sama perlu kelihatan ‘stailo’!

Penulis yang diberi kesempatan untuk menguji model terbaharu yang dijual pada harga RM1,499 seutas itu berpuas hati dengan fungsinya.

Perkara ini kerana SUUNTO 5 Peak mempunyai ciri yang diperlukan oleh mereka yang aktif dalam dunia kecergasan dan sukan lasak.

Mempunyai lebih 80 mod jenis aktiviti kecergasan antaranya larian, larian denai, mendaki, berenang, golf dan latihan litar yang boleh dipilih pengguna memudahkan untuk melakukan aktiviti yang diinginkan.

Lebih menarik pastinya mengenai ketahanan bateri yang mampu bertahan sehingga 100 jam selepas dicaj penuh.

Ciri ini sudah pasti diperlukan oleh mereka yang menyertai kejohanan larian jarak jauh berstatus ultra atau multisport.

Ketahanan bateri perkara yang paling utama kerana ketika ini, ramai penggiat aktiviti kecergasan mula mencabar diri menyertai kejohanan yang memakan masa panjang.

 

SUUNTO 5 Peak mempunyai ciri yang diperlukan oleh mereka yang aktif dalam dunia kecergasan dan sukan lasak.

 

Dari segi beratnya juga boleh diberikan pujian kerana SUUNTO 5 Peak hanya mempunyai berat 39 gram! Seakan-akan tidak memakai sebarang aksesori di tangan.

Sudah semestinya boleh dijadikan pilihan bagi mereka yang aktif dalam aktiviti larian untuk memiliki jam ini kerana tidak akan berasa bebanan menghayunkan tangan ketika berlari. Apatah lagi untuk larian yang mengambil masa lama.

SUUNTO 5 Peak juga adalah peranti pintar kalis air sehingga kedalaman 30 meter. Ertinya untuk aktiviti berenang boleh digunakan tanpa khuatir mengenai isu kerosakan.

Dalam satu temu bual eksklusif Harian Metro bersama Ketua Suunto Asia, Fraser Jones berkata, jam pintar ini digabungkan dengan aplikasi SUUNTO dan peta 3D, membolehkan seseorang menemui laluan popular dengan mudah, merancang dan kemudian memindahkannya ke jam tangan.

“Ciri navigasi GPS SUUNTO 5 Peak turut mempunyai petunjuk navigasi lengkap memastikan anda selamat di laluan tanpa perlu risau terpesong atau tersesat.

 

PALING menarik pastinya mengenai ketahanan bateri yang mampu bertahan sehingga 100 jam selepas dicaj penuh.

 

“Jam ini digabungkan dengan aplikasi SUUNTO dan peta 3D, membolehkan seseorang menemui laluan popular dengan mudah, merancang dan kemudian memindahkannya ke jam tangan,” katanya.

Peranti pintar ini juga mempunyai fungsi untuk si pemakai memeriksa mesej yang dihantar daripada telefon pintar selepas diseragamkan. Ia juga boleh digunakan untuk menukar lagu di aplikasi muzik daripada telefon pintar.

Dari segi stailo, SUUNTO 5 Peak didatangkan dengan enam jenis pilihan warna tali jam yang boleh dibeli secara berasingan mengikut cita rasa masing-masing.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat