Polis Buru 20 Lelaki Terbabit Pergaduhan & Rosakkan Kenderaan Awam Di Sri Petaling

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan 20 lelaki terbabit dalam pergaduhan dan merosakkan kenderaan awam di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, di sini, pada awal pagi, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pergaduhan membabitkan dua kumpulan itu menyebabkan beberapa kenderaan yang diletakkan di tepi jalan berkenaan rosak akibat terkena batang besi dan botol arak yang digunakan dalam pergaduhan itu.

“Kami menerima laporan dari seorang mangsa yang keretanya mengalami kerosakan di bahagian cermin belakang dan cermin penumpang belakang sebelah kanan.

“Mangsa dan rakan sedang makan di sebuah restoran di lokasi kejadian pergaduhan itu dan polis sedang giat mengesan suspek yang terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amihizam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Terdahulu tular satu video di laman sosial berdurasi 43 saat menunjukkan beberapa individu bergaduh dan merosakkan beberapa buah kereta menggunakan botol arak dan batang besi di kawasan berkenaan. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,592FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat